Masak Lemak Cili api.
Kalini lokasi makan adalah di Seremban. Kedai ni dah lama, aku kdg2 makan bila ade keje di seremban. Tapi sejak mencuba jadi warga N9. Aku belajar lah makan Lemak cili padi.
Kedai yg aku nak share ni : Restoran Nelayan Seafood. bertempat di Rahang. Lokasi? gps/ waze je lah. mesti jumpa.
Kedai dia biasa je. Tapi pilihan Lauk Pauk esp Lemak Cili Padi sangat banyak! Rambang mata nak pilih. Pelbagai Ikan, Pelbagai jenis Daging/ Ayam Kampung. Ulam ulaman. Harga kat sini boleh tahan Mahal la. Sebab kita dtg nak lunch tp sekali makan mmg cecah la RM30.
Kalau makan gerai biasa lauk yg sama baru rm5/6 kan? Sini harga dia mmg mahal sikit . Tapi puas hati.
Aku ambil Daging Salai Lemak Cili Api Nasi 2 mcm kat atas ni. Termasuk air Teh o ais + air kosong RM23. Daging tu perghhh dia punya sedap pekat likat. Pedas semua cukup.
Aku tgk hrga tulis RM6.00 sepiring ni. Kalau letak dlm pinggan dgn nasi pon dia kira sama. Jadi baik suruh dia hidang. haha.
Ini kedai ke 2 klu nak cari masak lomak cili padi slp Aunti's Aini tu.
Adiosz.
No comments:
Post a Comment