Nuffnang Ads

Sunday, August 24, 2014

JJCM : Ayam Penyet | Pecel Lele Asama Tomyam


AYAM PENYET.

Aku jarang suka makanan Indonesia. Apetah lagi kalau makan kat sini. Kalau makan kat bandung aku memang tak menolak. Tapi bila kat KL ni. Wife ajak makan Wong Solo etc. Sebolehnya aku menolak and ajak pergi kedai lain. haha. Tapi kalau betul2 nak makan sangat aku follow je. Cuma 1 kedai ni aku tak menolak. Tahu kedai ni dari wife tahun 2011- Masa dia kerja dengan OCBC bank. Dia kata selalu jumpa kawan kat RHB Bank Jl Tun Razak. Sebab tu dia tahu kedai ni.

ASAMA TOMYAM & PECEL LELE.

Menu kat sini simple.

1) ayam penyet
2) Ikan Kembung penyet
3) Ikan Keli
4) puyuh 
5) Pecel sayur


Tiap Set datang dengan Nasi Putih, Sup, Ayam etc tu goreng panas2. Nama kedai ada tomyam, tak pasti pulak malam jual goreng2 ke apa. Tak pernah makan. selalu makan Ayam Penyet je

Jalan 2/76A

Kg. Pandan, KL, Arah nak ke sini? kalau ikot aku yg senang nak paham ni?
Dr Jln Tun Razak. ada RHB bank HQ besar tu? Makesure belah kiri kita. So jalan terus je menuju ke bulatan kg,pandan yg besar tu? Amik jam 9 - ke kiri terus. Lepas tu akan lalu kedai ARAB Al-rawsha semua tu, sampai hujung ambil susur ke kiri lagi dan terus sampai nampak kereta banyak parking luar jalan . haha. atau pon nampak lorong yg tulis JALAN 2/76A


Nampak mcm khemah ni. tu lah ASAMA PECEL LELE


Konsep kedai ni warung je. Ruang makan pon bawah khemah. Zaman aku makan dulu khemah dia 2 je. la ni dah besar dah. sampai tanah2 tepi tu pon penuh meja..


Sedap! RM 7.50 per set. Nasi Panas & Sup. Sambal dia tu yg perghhhhh sedap meleleh makan

Selalu ambil Ayam je. Tapi Pecel sayur dia pon sedap.

Sejak stay jauh dr KL ni, jarang la pulak makan sini. Tp sesekali lalu tu, memang akan singgah.


Waktu Operasi :

ISNIN - SABTU - 11am to 12mlm
AHAD - 5pm keatas.

Alamat : ( waze je sure jumpa)

ASAMA PECEL LELE
Desa Pandan Off Jalan Kampung Pandan
Ampang, KL







3 comments:

Insyirah amin said...

Salam,

Jemput ke Warung kami Ayam Penyet Mar di Kampung Melayu Sg. Buloh.
Rasai keenakkan puyuh penyet, keli, talapia, bawal, kembung dan ayam penyet yg di perap dgn rempah giling,
terasa rempah hingga ke tulang. Sotong dan udang penyet kami menggunakan tepung tempura yg terbaik.

http://ayampenyetmar.blogspot.com/

Belog Pak Pejal said...

InsyaAllah kalau berkelapangan.. terima kasih puan..

Trflgrlw said...

dah lama carik nama tempat ni jumpa jugak akhirnya 😂 thanks for the share