Nuffnang Ads

Wednesday, April 8, 2015

JJCM : Watie Corner Kedai tepi Kubur







Ini kedai wajib cuba. Perghh dia punya podeh lemak cili api tu meletop dalam mulot. sebaris je dengan aunti aini's nilai. Tapi warung/ kedai ni berdepan dengan Kubur.

 WATIE CORNER nama diberi. 

Tapi orang kawasan ni panggil : KEDAI TEPI KUBUR je.




Bukak cerita terus tayang nasi dan lauk pauk. time aku tengok pic ni pon meleleh ailio. Sambal belacan dia tu pon pedas. Berapi kalau makan. Portion makanan kat sini sebenarnya sikit. dengan harga tu, aku rasa cam mahal. sebab Daging lemak cili api kat Restoran Nelayan Seremban semangkok baru RM 6.50. Kat watie corner RM 9.00 . Tapi sesekali nak rasa kelainan Lemak cili api , bayar je lah. Sotong sambal tu sesedap rasa.



Udang Lomak Tempoyak. Sedap gila. slurpp

Udang, Ulam sambal belacan , daging goreng


Rupa kedai :





Ruangan dalam kedai, simple je

Nah dari luar

Kalau pintu bertutup, maknanya mmg tak buka/ dia dh tutup sebab kehabisan lauk


2/3 kali aku datang sini, belum bernasib baik lagi nak cuba lauk IKAN. mesti habis. Aku datang dalam jam 1/2pm.  memang waktu tu Watie corner dah nak tutup, Ikotlaa kalau pintu kayu tu buka, ko masuk je, tapi tak banyak benda boleh oder. kalau ikot menu ( lupa aku nak snap) Takdelah choice yg banyak. 


Ikan yg ada cuma : Tenggiri, Patin ( utk masak lemak cili api/ lemak tempoyak)
Pilihan Sotong/ Udang : Sambal / Kicap/ goreng
Pilihan Ayam goreng kampung
Air wajib oder : Manggo Lassi / Cendol



Ni aku tukar Sotong Kicap pulak, Ikan habis. kene dtg 20x br dpt makan ikan agaknya. hehe


Manggo Lassi



Nak repeat? pd aku boleh repeat sangat. Nak makan masakan sedap lomak cili api. Watie Corner  ni memang terbaik. Selain Aunti Aini's ( 2 -2 ade beza masakan) kalau aunti aini's aku suka lemak tempoyak dia. kalau aku dah berjaya makan ikan kat watie ni, aku akan UP pic kat sini.


Lokasi? Ok tang ni payah : sila waze kalau ada. haha. Kalau takde. waze je Auntie Aini's, Nilai tu memang sebaris cuma. Watie Corner ni tersorok dan sebelah Kubur. yg aku nampak ade signboard pasar cempaka tak silap.




Selamat Mencuba !









JJCM : Selera Ramai Ikan Singgang



Akhirnya jumpa jugak kedai Ikan Singgang yg menepati citarasa di KL ni. Nak balik kelate selalu tok pade. Jauh semata singge. hehe. Aku google je lah kedai yg ade jual singgang Ikan kat KL. Jumpa la few blog, tapi dalam banyak2 yg cadangkan makan sini paling ramai, buka sampai jam 2pagi. Tapi takdelah aku nak terjah jam 2 pagi, gila ke apa. Kebetulan baru balik dr beli barang di Aeon Quill Mall, Jalan kaki je dari situ ikot jalan belakang. hah jumpa.




sepanjang jalan ni semua menyajikan Ikan Singgang. Tinggal nak pilih kedai mana je

Nak dikutkan yg nak makan Sigge tokbini. haha. Sepanjang aku kawen dgn dia. tak pernah dia makan singgang sbb dia mmg tak suka. Dah membawa budak ni.. aleh2 mintak aku Ikan Singgang. Ait? Mushkil


Kedai yg jadi pilohan kami


Dalam deretan kedai yg ada, aku pilih SELERA RAMAI IKAN SINGGANG. So ni lah menu yg ada, kalau yg jenis biasa makan singgang + ulamman + budu. Memang biasalah dgn makanan ni. Kalau tak biasa pon Telan je lah... bukan susah pon. kahkah


menu 2


Untuk membasahkan tekak kita pd haritu, Air teh o panas, Tembikai sejuk dan ais kosong.
Cukup rasa  buah tembikai tu. manis2 buah.




menu pertama yg sampai : KERABU MANGGA. Pd aku rasa dia cukup tapi tak sesesap Suraya Kg Baru.



RM 5.00


Yang utama dah sampai. Aku oder menu niasa je. Nasi putih 2 x, Ulaman Rm 3.00, Budu, Daginng goreng. Ikan kembung goreng tu wajib ada. perghh sedap. RM 3 seekor. Menu utama Singgang Ikan.



untuk semua  ni termasuk air, aku kene dalm RM 27+


Overall? Sedap la. kalau nak pure lagi kene balik kampung makan masakan Maa. hehe




Lokasi :


Medan Selera
Jalan Dewan Sultan Ismail 1.
Kampung Baru, KL









Monday, January 12, 2015

JJCM : Boat Noodle



Cerita lama. makan on dah lama. Kebetulan dah ada dekat dengan Jaya One. Fenomena sungguh Boat Noodle ni. Aku saja je nak mencuba. Urban lah konon try new cafe/ spot makan kat kotaraya ni. kwangkwang....

Tengok gambar je lah. senang kan
semua pic pakai hp cikai. haha. tq pd tukang amik pic

Masa sampai tak susah pon nak cari. Ikot je signboard. Kebetulan datang dalam jam 6ptg. takde orang lagi. mungkin bersesak dalam jem. hahaha. masa sampai tu ade lah few group melayu  yg makan juga. sebelum aku makan pon dan baca beberapa blog, Takdelah terpinga2 nak oder apa? nak tau apa yg sedap atau tidak.


MENU

masa ni cawangan Boat Noodle Jaya One The School ni baru buka

RM 1.90 semangkok.

Basically Menu dia tu je. wakakak. Mee halus ( kuayteoew/ thai rice noodle)
2 jenis : Berkuah / Kering & Ayam / Daging.. rasa dua-dua tu sama je. Sedap pada aku. Oder banyak tu bukan sebab pelahap nak mampos. Tu sebab portion dia celah gigi. Semangkok RM 1.90. KIra sekali suap je dalam mulut. Pandai berniaga ya? HAHAHA.

Sedapla pd aku

Pendapat aku  rasa mee  ni sebiji macam - MEE CELUP dari gerai2 thai kat kelantan tu. Mee kuah dengan carikan ayam _ kangkung skit. berkacang, kuas manis pedas. Sama lah. ni nak makan kat kenaltan pon banyak.. hahah. Tapi sesekali mencuba... hehehe


KA NAM TUAY - coconut & pandan dessert RM 1. Sedap 

setel !



cawangan lain yg ade boat noodle.





Aku rasa ramai dah tau kewujudan Boat Noodle ni. Tapi aku bg lah IG acct dan cawangan yg ada. Senang kalau korang nak pergi kan?


Selamat mencuba












Thursday, December 4, 2014

JJCM : LEHA WORLD Paroi



Assalamualaikum 


Harini nak share 1 kedai makan MASAKAN MELAYU yang berada di N9. Dekat dengan Paroi Stadium. Aku pergi sini waze je. Kalau dari s2 nak ke sini adalah dlm 15-20min je. Tak la jauh pon. Dah naik muak makan kat area s2, sebab sana takde kedai makan sangat. Yg melayu boleh kira dengan jari. yg sedap?? susah nak cakap. ahahahha. aku dh mkn sini 3 x setakat ni. makanan dia semua sedap. Harga pulak... biasalah dgn kenaikan minyak etc, memang barang mentah pon naik kan? Jadi tak boleh nak marah la. harga makan sini standard je pd aku. mungkin pernah kene lg mahal. so klu makan berdua kat sini kene lah dalam rm15-17 sekali  makan. ok sangat harga tu. berbaloi





Aku suruh bini amik pic, pnyalah tak ikhlas gambo ni



Pelbagai pilihan lauk. dari ikan bakar, asam pedas, lemak cili api etc

Ikan Bakar ada setiap hari. Klu nak panas2 kene lah datang seawal jam 11am. Lauk ni semua dah ada, bukan apa klu dtg ms lunch hour - ramai. pernah aku datang dalam jam 1pm. Lauk dah licin jugak.. so klu nk dtg mkn sini. kene dtg awal... Lauk2 dia banyak sgt. tak terkira jari kaki aku. Ikan Bakar, Asam Pedas, Ayam masak mcm2, daging pon. Sup, Lemak cili api, lemak putih. sayur2. semua ada. semua tu disusun ikot warna / jenis. kalau asam pedas...sederet tu asam pedas. Sayur pulak hujung2 sikit...

lautan lauk - lauk


Banyak der wa ckp lu


bahagian sambal, dan masakan kering mcm daging grg kunyi, ayam grg kunyit, sambal udang, sotong, daging

Satu yang menarik kat kedai LEHA WORLD ni.... Air minuman dia FREE ! aku tak pon sebab baca blog orang. hahaha. Masa datang mula2 makan... Aku ambil ikan bakar, sayur, 2 nasi + kuah, Udang sambal, telur masin. kenelah dalam RM 17# ok je  murah.... Air tu dia sediakan dalam bekas besar.. aku selalu je topup. macam2 air ade, Oren/ Asam BOi, Sirap laici, Air kosong,. Bandung, tinggal nak senduk je.


Pernah baca dalam Kosmo tak silap. Kedai ni ambil nama sepena nama mawi... sbb owner peminat mawi. air tu memang cara dia bersedekah lah kot. Tp masakan sedap. memang aku repeat lagi lah datang. berbaloi.. lauk banyak sampai diri sendiri blur nak makan apa...haha




ayaq mcm2 oren, anggur, asam boi, sirap laici



Nah alamat : 


LEHA WORLD PAROI JAYA
402, Persiaran Rajawali, 
Taman Paroi Jaya,
Seremban N9


p/s : waze lah oiiii















Wednesday, November 5, 2014

JJCM : Rosdet Tomyam , Kg Baru



Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia.


Lama pulak tak update JJCM. hehe. Baru semalam makan sini. Punya lama aku dan melantak kat sini. dari kedai dia kecik maciam gerai, sampai dah besar 2 lot , baru nak cerita pasal ROSDET KAMPUNG BARU. sebab semalam adalah hari rajin amik gambo berjemaah. Jadi elokla aku share kat sini, buat orang2 yang nak singgah makan ,lepas tu tak tau nak oder apa. Ikot je lah menu aku ni. ngehngeh.


Rosdet Tomyam & Seafood. Maciam biasa waze je. haha

Aku datang sini semalam - Selasa. Memang tak full la, hari bekerja. bijak tak? so boleh la aku pilih2 meja dan dapat makan dengan tenang tapa suasana hingar bingfar cam kat pasar malam tu. Masuk2 terus la oder. lapar bai.. tak sempat lunch bwk ke petang , sekaliu oder banyak terus. datang weekend mau kene beratur, atau ikot nasib la dapat meja. bulan puasa lagi laa takyah cerita. kene reserved.. lagi satu kat sini ade jugak jual bubuk nasi. Klu orang kelantan panggil : NASI AIR

yg kami oder semalam


dan antara menu-menu pilihan adalah : *drumroll*

Siakap Stim Limau. Slurrrppp

Yang ni memang aku paling suka oder bila kat sini. Sedap bak ang. Kuah tu cukup masam, manis , masin. Ikan fresh. selalu aku mintak ikan kecik (mkn berdua) yg dtg mesti ikan besar utk makan ber4, sudahnya aku sorang2 makan.. sbb bini tak suka ikan steam , dia kata mcm tak masak...  pelik aku.

harga dari - RM 35-45



Ketam Kari

1 ekor RM 16.00. Masak Kari Ketam Pekat LIkat. NI pon haulioooo wo. sedap. menu wajib oder bila makan rosdet. belom aku jmpa lagi kedai lain jual Ketam Kari sesedap ini.


Tomyam Ayam Pekat Likat

Tomyam oder 1 orang makan cukuplah, buat kuah je pon. Pekat Pedas . RM 5.00. perghh satu keje aku menghafal harga. hahahaha.



Lala Masak Pedas
.
Fav aku, yg ni bini tak makan jugak, LALA LALA . bini tak makan sbb dia kata tak suka benda berpasir. macam2 laaaaaa. aku memang suka. so aku oder ni untuk aku sorang RM 6.



Kailan Ikan Masin . freshhhh

haaa yg ni baru bini punya. hakhak. Sayur Kailan... aku pulak kureng sayur, boleh la mkn sikit2. ade ok. takde pon lagi ok... leh oder bnda lain. haha. RM 5.00 jugak / 1 orang makan,



Kenyang perut semalam. Siapa pernah pegi Rosdet, tau lah sedap dia macam mana. Nak ke jeram jauh pulak. Sini pon ok. makan seafood & tomyam kat kl. haha. Harga boleh tahan murah.. kadang bawak fam makan 14 orang baru kene rm250+. okey sangat la kan?


Total aku makan  ni semalam kene dalam RM 75 termasuk air x 2 dan nasi x 2 .




nah alamat :


ROSDET TOMYAM SEAFOOD
Lorong Haji HUssein 1,
Kuala Lumpur

p/s : depan dengan Adamson Inn & Nouvelle Visage office.


waze je lah. senang hidup.. adioss







Sunday, September 28, 2014

JJCM : CENDOL KLANG



Semalam, aku pergi Klang Parade. Tak perbah aku jejak tempat ni. haha. Punca sebab aku ada baca sale Machine jual barang murah sikit sempena pembukaan. Maka zass zuss zap. Tapi pulang hampa. Sebab aku dtg semua LICIN. tinggal Ipod nano? nak wat mende menatang tu?

Mengubat kecewa, bini ajak singgah cendol klang. dia ni tau je mana kedai. Pelik betol aku. ade je kalau pegi mana2. Jom singgah sini. Singgah sinun. Ini pon tak berat la kot? cendol je kan? Maka aku setuju. Ingat cendol je. Jgn lelebih.



waze je. Kompem jumpa.

Menu lekat kat dinding besar punya. Cendol biasa rm2.30, rojak rm3.50

Konsep kedai santai. Kedai ni dah lama tengok board pon tulis CENDOL KLANG 1972. Lamaaaa tuuuu ! Aku pon tak hidup lagi masa ni. Bini aku kata mak ayah selalu bwk makan sini zmn kekanak. yolahhhh .

sini self servis

Ko masuk je nampak bro ni? ko oder la apa ko nak.. dia siapkan. amik. leh cari meja duduk. makan. senang gila konsep kedai. Rojak pon camtu. Jgn berangan org dtg kat k tnya nak oder apa? ko g je kat stall dia oder. Aneyy ROJAK satuuuu.


verdict : hmmm biasa je. sedap juga, tp aku suka ROJAK KAREEM SEC 9 lagi


Ini cendol biasa je. aku tak suka fancy2 ni.. ade je yg letak aiskrim la? yg pulut la, warna warni la. BIASA jugak yg aku makan. Overall ok la. cendol tak manis sangat. sedang2 elok2. SEDAP JE Sejuk kat tekak.





Nah alamat :


CENDOL KLANG 1972
78, Jalan Nenas
Kawasan 18.
Klang, Selangor




Thursday, September 18, 2014

JJCM : Burger Bakar Arang, Garden home Seremban 2



Aku tak pernah ada masalah tinggal kat S2 heights ni. bahkan aku bahagia. jauh dari traffic, tenang. kawasan hijau. pendek kata semua ok. cuma tang nak pegi keje jauh sikit.. apa boleh buat. dah decide dr awal nak stay sini. terima dgn hati terbuka. Bercakap soal MAKAN kat seremban 2 ni la. Aku bukan jenis memilih , tapi nak la jugak makan luar. mandangkan aku bukan orang sini. manalah nak tau kedai apa best. so google adelah perlu. aku rasa ade few entry makan aku ttg kedai kat seremban2 ni. hehe.

Siang tadi wife aku teringin nak makan burger bakar. nak burgerbyte si zizan tu. idokla aku nak drive pegi bangi. so aku google. ada 1 cawangan ada di senawang. Tapi malas jugak aku nak drive. inisiatif aku adalah google lagi kawasan berdekata rumah. Jumpa satu blog year 2013. memang zaman burger bakar popular kan last year. hehe. BURGER BAKAR ARANG S2.

Kali ni aku layanla tekak bini  & aku rs lps ni byk lagi yg dia akan teringin so layankan je. hehe



Geari tepi jalan je

Takla jauh dari rumah aku. Garden homes ni. berdepan dengan KEDAI KOMPUTER ACER. deretan kedai 1 tingkat. akhirnya aku jumpa gerai ni. tapi wife kata : nanti nak jgk burgerbyte. baby nak dia kata.. bukan dia.. adehhh.

RESEPI SPECIAL ; Home Made Patty, bakar atas arang

kaunter oder. menu ade kat situ. masa kami dtg takla ramai. bila dah duduk tu berpusu gaklah orang dtg. hasil review blog tu kata burger ni sedap. lagi sedar dr abg burn. Aku pernah la makan abg burn. pd aku so-so je. ehhe. mungkin sbb dia popular.. air free flow.

Menu Baru

ade jual meatball spagetti rm6 je. pastu meatball dll. aku mmg malas baca, snap2 je.

Menu burger : pic kurang jelas . Malam boh

Pilihan menu. ade burger biasa ( Ramli) rupanya. rm2.80 je. tapi wife nak burger bakar. so kita oder. dia ambil 200gr burger beef rm6.50. aku amik Super 400grm beef rm14.00



disediakan meja utk makan

lepas duduk dalam 10 min. Burger sampai. burger aku tu besar elok sgt makan 2 org. bini takyah beli pon takpe ceeiit. overall aku bagi 6/10 la. sedap kat tekak tp tak la juicy. Burger kaw-kaw still WIN kat tekak aku. nak pergi puchong tak daya aku. hahaha. Jadi Burger Bakar Arang ni pon okey sangat. Boleh repeat lagi. menu pon banyak. tp nak sumbat sume tadi mmg tak ah. yg aku pon hazab nk habiskan. burger dia ade sos yg sedap (cili + blackpaper) mayonis warna hijau keliling pinggan tu. lulz.. sayur salad semata. aku rasa klu dia letak tomato. bawang hollad sikit pon ok. adela rasa lain skit. ni plain je. hehehe. tapi sedap (aku ulang lg sekali) not that bad la.


menu kami. Beef burger



Agak2 taknk makan burger ade je menu lain. goreng2 charkueyteow tu. tak pasan plak aku menu apa ade lagi. nampak yg tu je.. So warga seremban 2 yg baru pindah ( org luar cam aku) leh la klu nak cuba...





adios