Ini kedai wajib cuba. Perghh dia punya podeh lemak cili api tu meletop dalam mulot. sebaris je dengan aunti aini's nilai. Tapi warung/ kedai ni berdepan dengan Kubur.
WATIE CORNER nama diberi.
Tapi orang kawasan ni panggil : KEDAI TEPI KUBUR je.
Bukak cerita terus tayang nasi dan lauk pauk. time aku tengok pic ni pon meleleh ailio. Sambal belacan dia tu pon pedas. Berapi kalau makan. Portion makanan kat sini sebenarnya sikit. dengan harga tu, aku rasa cam mahal. sebab Daging lemak cili api kat Restoran Nelayan Seremban semangkok baru RM 6.50. Kat watie corner RM 9.00 . Tapi sesekali nak rasa kelainan Lemak cili api , bayar je lah. Sotong sambal tu sesedap rasa.
Udang Lomak Tempoyak. Sedap gila. slurpp |
Udang, Ulam sambal belacan , daging goreng |
Rupa kedai :
Ruangan dalam kedai, simple je |
Nah dari luar |
Kalau pintu bertutup, maknanya mmg tak buka/ dia dh tutup sebab kehabisan lauk |
2/3 kali aku datang sini, belum bernasib baik lagi nak cuba lauk IKAN. mesti habis. Aku datang dalam jam 1/2pm. memang waktu tu Watie corner dah nak tutup, Ikotlaa kalau pintu kayu tu buka, ko masuk je, tapi tak banyak benda boleh oder. kalau ikot menu ( lupa aku nak snap) Takdelah choice yg banyak.
Ikan yg ada cuma : Tenggiri, Patin ( utk masak lemak cili api/ lemak tempoyak)
Pilihan Sotong/ Udang : Sambal / Kicap/ goreng
Pilihan Ayam goreng kampung
Air wajib oder : Manggo Lassi / Cendol
Ni aku tukar Sotong Kicap pulak, Ikan habis. kene dtg 20x br dpt makan ikan agaknya. hehe |
Manggo Lassi |
Nak repeat? pd aku boleh repeat sangat. Nak makan masakan sedap lomak cili api. Watie Corner ni memang terbaik. Selain Aunti Aini's ( 2 -2 ade beza masakan) kalau aunti aini's aku suka lemak tempoyak dia. kalau aku dah berjaya makan ikan kat watie ni, aku akan UP pic kat sini.
Lokasi? Ok tang ni payah : sila waze kalau ada. haha. Kalau takde. waze je Auntie Aini's, Nilai tu memang sebaris cuma. Watie Corner ni tersorok dan sebelah Kubur. yg aku nampak ade signboard pasar cempaka tak silap.
Selamat Mencuba !
No comments:
Post a Comment