Nuffnang Ads

Wednesday, April 8, 2015

JJCM : Watie Corner Kedai tepi Kubur







Ini kedai wajib cuba. Perghh dia punya podeh lemak cili api tu meletop dalam mulot. sebaris je dengan aunti aini's nilai. Tapi warung/ kedai ni berdepan dengan Kubur.

 WATIE CORNER nama diberi. 

Tapi orang kawasan ni panggil : KEDAI TEPI KUBUR je.




Bukak cerita terus tayang nasi dan lauk pauk. time aku tengok pic ni pon meleleh ailio. Sambal belacan dia tu pon pedas. Berapi kalau makan. Portion makanan kat sini sebenarnya sikit. dengan harga tu, aku rasa cam mahal. sebab Daging lemak cili api kat Restoran Nelayan Seremban semangkok baru RM 6.50. Kat watie corner RM 9.00 . Tapi sesekali nak rasa kelainan Lemak cili api , bayar je lah. Sotong sambal tu sesedap rasa.



Udang Lomak Tempoyak. Sedap gila. slurpp

Udang, Ulam sambal belacan , daging goreng


Rupa kedai :





Ruangan dalam kedai, simple je

Nah dari luar

Kalau pintu bertutup, maknanya mmg tak buka/ dia dh tutup sebab kehabisan lauk


2/3 kali aku datang sini, belum bernasib baik lagi nak cuba lauk IKAN. mesti habis. Aku datang dalam jam 1/2pm.  memang waktu tu Watie corner dah nak tutup, Ikotlaa kalau pintu kayu tu buka, ko masuk je, tapi tak banyak benda boleh oder. kalau ikot menu ( lupa aku nak snap) Takdelah choice yg banyak. 


Ikan yg ada cuma : Tenggiri, Patin ( utk masak lemak cili api/ lemak tempoyak)
Pilihan Sotong/ Udang : Sambal / Kicap/ goreng
Pilihan Ayam goreng kampung
Air wajib oder : Manggo Lassi / Cendol



Ni aku tukar Sotong Kicap pulak, Ikan habis. kene dtg 20x br dpt makan ikan agaknya. hehe


Manggo Lassi



Nak repeat? pd aku boleh repeat sangat. Nak makan masakan sedap lomak cili api. Watie Corner  ni memang terbaik. Selain Aunti Aini's ( 2 -2 ade beza masakan) kalau aunti aini's aku suka lemak tempoyak dia. kalau aku dah berjaya makan ikan kat watie ni, aku akan UP pic kat sini.


Lokasi? Ok tang ni payah : sila waze kalau ada. haha. Kalau takde. waze je Auntie Aini's, Nilai tu memang sebaris cuma. Watie Corner ni tersorok dan sebelah Kubur. yg aku nampak ade signboard pasar cempaka tak silap.




Selamat Mencuba !









JJCM : Selera Ramai Ikan Singgang



Akhirnya jumpa jugak kedai Ikan Singgang yg menepati citarasa di KL ni. Nak balik kelate selalu tok pade. Jauh semata singge. hehe. Aku google je lah kedai yg ade jual singgang Ikan kat KL. Jumpa la few blog, tapi dalam banyak2 yg cadangkan makan sini paling ramai, buka sampai jam 2pagi. Tapi takdelah aku nak terjah jam 2 pagi, gila ke apa. Kebetulan baru balik dr beli barang di Aeon Quill Mall, Jalan kaki je dari situ ikot jalan belakang. hah jumpa.




sepanjang jalan ni semua menyajikan Ikan Singgang. Tinggal nak pilih kedai mana je

Nak dikutkan yg nak makan Sigge tokbini. haha. Sepanjang aku kawen dgn dia. tak pernah dia makan singgang sbb dia mmg tak suka. Dah membawa budak ni.. aleh2 mintak aku Ikan Singgang. Ait? Mushkil


Kedai yg jadi pilohan kami


Dalam deretan kedai yg ada, aku pilih SELERA RAMAI IKAN SINGGANG. So ni lah menu yg ada, kalau yg jenis biasa makan singgang + ulamman + budu. Memang biasalah dgn makanan ni. Kalau tak biasa pon Telan je lah... bukan susah pon. kahkah


menu 2


Untuk membasahkan tekak kita pd haritu, Air teh o panas, Tembikai sejuk dan ais kosong.
Cukup rasa  buah tembikai tu. manis2 buah.




menu pertama yg sampai : KERABU MANGGA. Pd aku rasa dia cukup tapi tak sesesap Suraya Kg Baru.



RM 5.00


Yang utama dah sampai. Aku oder menu niasa je. Nasi putih 2 x, Ulaman Rm 3.00, Budu, Daginng goreng. Ikan kembung goreng tu wajib ada. perghh sedap. RM 3 seekor. Menu utama Singgang Ikan.



untuk semua  ni termasuk air, aku kene dalm RM 27+


Overall? Sedap la. kalau nak pure lagi kene balik kampung makan masakan Maa. hehe




Lokasi :


Medan Selera
Jalan Dewan Sultan Ismail 1.
Kampung Baru, KL