Nuffnang Ads

Tuesday, August 11, 2015

JJCM : Grease Cheese Steak Steak Restaurant Sec 13 Shah Alam





Review terakhir untuk kali ni sebelum aku senyap balik untuk 3-4 bulan. haha
Western Food : Grease Cheese Steak, alamat di seksyen 13 shah alam. Bagi yg duduk shah alam senang sangat nak jumpa dan tau lokasi, cari je Pusat zakat Selangor, new shoplot building area tesco sec13 tu, goodhope hotel.. 

Makan sini pon kebetulan. Wife nak deliver lagi 2/3 hari. Kawan ajak melepak. sebab kami malas nak jauh2 ( mula2 nak pergi Kedai aaron aziz), last minute cancel. So kami pilih untuk berjumpa di sini.


Bos Besar : Zarra

Menu di tangan zarra, tak banyak pic boleh snap sebab luar hujan, nak ambil pic kedai pon tak dapat. lain kali lah ya. Konsep cafe2 hipster macam ni. mesti kene oder di kaunter ok. Menu ko pegang la dulu kasik hadam dalam kepala otak. lepas tu bincang2 dengan kawan supaya tak oder benda yg sama. so boleh meng-ecak . HEHEHE



MUSHROOM CHEESE STEAK / RM 20

Ni menu Uya dan Rayza. katanya sedap juga. Takpe next time kita cuba


wife punya : TEXAS CHILI HOTDOG/  RM 17.00

Sempat snap 2 pic je, sebab menu lain dah selamat di-ngap. Lapar hoi masa tu. dari segi harga mahal pada aku. tapi berbaloi sebab besar. Yg aku pelik, wife yg tak kuat makan boleh habis makan Texas Chili Hotdog tu. dia kata sedap. Sedap betul lah tu. sapai habis makan. atau sebab dia makan untuk 2 org (masa tu). heheh.



Dalam pic ni ada texas Chili burger RM 20 / Beef Bacon Burger RM 22 dan  Chili Cheese nachos


Pada aku sedap la semua menu dia. Harga tu lupakan. Bukan ko makan hari2. sekali sekala kan? Nanti boleh datang lagi dan cuba menu lain.



Alamat ;


GREASE CHEESE STEAK
Seksyen 13, Shah Alam









JJCM : KGB Burger ( Killer Gourmet Burger)







Makan lagi. Ini kalilah. 
Burger KGB. Dah lama viral pon pasal kedai ni. Aku makan lepas dah sunyi sepi. hahaha.
Tapi masa makan tu macam tergesa2 juga. Sebab perut dah kenyang,tp bini ajak juga try. kita cybalah bg tak hampakan perasaan mak buyung masa tu... Masa mula2 sampai kedai blur juga nak oder macam mana, menu apa yg ada. Kedai dia kecik je ( tak sempat snap) Lokasi berdepan dengan KK mart. eh ke 99 speedmart? hahaha aku dah lupa. Tepi pintu kedai ade para kecik ade menu atas tu, (lupa snap) jadi boleh la amik kertas tu duduk meja dan pilih menu nak makan. Konsep oder kene pergi kaunter dan bayar. ( ala-ala mcD).



ir aku dah 1 set dengan burger, Wife amik Lemonade.

Sebabkan ni 1st time makan Burger KGB, So kami amik la menu yg basic je dulu. Wife punya THE SHACK. aku punya  TORNADO . Oder di kaunter, nanti dia akan bagi No letak lah kat meja. ada orang akan hantar burger dan air. Mudah je kan



RM 12.90 The Shack : Beef , Cheddar and sauce shack


Tornado RM 15.90

Tornado : Beef , Onion Rings, Sunny Side egg


Bini aku kata sedap, walaupon burger dia basic beef dan cheese semata. Tapi ada 1 rasa sauce tu yg buatkan burger ni istimewa. nak tau apa? kene lah try. Burger aku pon sedap. boleh la datang balik dan cuba burger lain. Harga burger tu belum termasuk air dan fries. Add RM 5.90 untuk dapatkan ( air + Fries gemok tu)



Aku tak bias ya dengan kata Burger KGB ni sedap hanya disebabkan aku peminat Burger. tapi memang sedap pon. Despite harga dia yg mahal sikit dari McD. kahkah. tapi ade lah option untuk kita yg nak elak McD.




Lokasi dan Alamat :

KGB BURGER
Jln Telawi 2, Bangsar Baru
Kuala Lumpur









JJCM : Aroi Thai Boat Noodle & Street Food Cyberjaya



Kembali bersiaran. Lama tak jenguk rumah ke2 ni. Selamat Hari raya semua. Hai ni aku nak cerita 1 lagi kedai makan yang  bakal popular mengikuti jejak Boat Noodle. HAHA. sebab menu dan konsep yg hampir sama. Aku dh pernah cuba makan di Boat Noodle. ( cawangan Jaya One, The School). Aku rate 8/10 lah kesedapan makan disitu. Kali ni kedai AROI THAI, ni cawangan cyberjaya. Ada lagi satu cawangan di Kota Damansara (giant). Ok .



simple.


menu

senarai menu

semua rm 1.90 semangkuk


Menu straight foward. Konsep dia dapat menu ko tulis la dekat kertas berapa banyak mangkuk yg nak dimakan. semua menu rm1.90.. jangan tertipu nampak murah, Tapi portion nya sikit la, boleh la 2 kali suap. Tapi ok je nak rasa semua menu... sikit2 lama2 kenyang jugak... paling SEDAP kat tekak aku teh ais dia dan nasi green curry chicken.

Pulut Mangga

Buat pemanis mulut. Boleh la.. takde lah sedap sangat.

Tomyam Soup Noodle

Tomyam dia failed. haha jangan la ko harap macam makan kedai thai pekat2 tu. Ni cair je soup tomyamnya. Pedas manis2 sikit. aku tak minat. nasib baik oder 2 mangkuk je


Beef Soup Noodle

Beef noodle ni lah sebenarnya menu utama bagi konsep kedai2 boat noodle ni. Ok yang ni aku boleh la bagi 9/10, takde lah sedap sangat dr menu boat noodle. tp dari menu yg dia tawarkan ini boleh oder banyak kali.


Somtam

Somtam dia boleh tahan je.




Green Curry Chicken

Ini lah yg aku cakap sedap betul tu. Teringat Krabi. hehehe. Yg ni aku oder 1 je mula2. wife makan habiskan. oder lagi 2 mangkuk. pon dia habiskan. maknanya apa? sedap lah tu kan? 


yg dioder- part 1

kenyang.....

Pada aku, konsep cafe2 camni seronok lepak ramai2 makan dengan kawan / family. menu dia agak banyak, ade jugak sayur kangkung, kepak ayam, fish ball, wantan skin etc etc, tapi aku tak oder, sebab perut tak berapa kosong. next time mungkin? Kalau tersinggah cyberjaya boleh la try makan di AROI THAI ni.




Lokasi :

AROI THAI ( korang waze je)
Shafbury Square, Cyberjaya







Wednesday, April 8, 2015

JJCM : Watie Corner Kedai tepi Kubur







Ini kedai wajib cuba. Perghh dia punya podeh lemak cili api tu meletop dalam mulot. sebaris je dengan aunti aini's nilai. Tapi warung/ kedai ni berdepan dengan Kubur.

 WATIE CORNER nama diberi. 

Tapi orang kawasan ni panggil : KEDAI TEPI KUBUR je.




Bukak cerita terus tayang nasi dan lauk pauk. time aku tengok pic ni pon meleleh ailio. Sambal belacan dia tu pon pedas. Berapi kalau makan. Portion makanan kat sini sebenarnya sikit. dengan harga tu, aku rasa cam mahal. sebab Daging lemak cili api kat Restoran Nelayan Seremban semangkok baru RM 6.50. Kat watie corner RM 9.00 . Tapi sesekali nak rasa kelainan Lemak cili api , bayar je lah. Sotong sambal tu sesedap rasa.



Udang Lomak Tempoyak. Sedap gila. slurpp

Udang, Ulam sambal belacan , daging goreng


Rupa kedai :





Ruangan dalam kedai, simple je

Nah dari luar

Kalau pintu bertutup, maknanya mmg tak buka/ dia dh tutup sebab kehabisan lauk


2/3 kali aku datang sini, belum bernasib baik lagi nak cuba lauk IKAN. mesti habis. Aku datang dalam jam 1/2pm.  memang waktu tu Watie corner dah nak tutup, Ikotlaa kalau pintu kayu tu buka, ko masuk je, tapi tak banyak benda boleh oder. kalau ikot menu ( lupa aku nak snap) Takdelah choice yg banyak. 


Ikan yg ada cuma : Tenggiri, Patin ( utk masak lemak cili api/ lemak tempoyak)
Pilihan Sotong/ Udang : Sambal / Kicap/ goreng
Pilihan Ayam goreng kampung
Air wajib oder : Manggo Lassi / Cendol



Ni aku tukar Sotong Kicap pulak, Ikan habis. kene dtg 20x br dpt makan ikan agaknya. hehe


Manggo Lassi



Nak repeat? pd aku boleh repeat sangat. Nak makan masakan sedap lomak cili api. Watie Corner  ni memang terbaik. Selain Aunti Aini's ( 2 -2 ade beza masakan) kalau aunti aini's aku suka lemak tempoyak dia. kalau aku dah berjaya makan ikan kat watie ni, aku akan UP pic kat sini.


Lokasi? Ok tang ni payah : sila waze kalau ada. haha. Kalau takde. waze je Auntie Aini's, Nilai tu memang sebaris cuma. Watie Corner ni tersorok dan sebelah Kubur. yg aku nampak ade signboard pasar cempaka tak silap.




Selamat Mencuba !









JJCM : Selera Ramai Ikan Singgang



Akhirnya jumpa jugak kedai Ikan Singgang yg menepati citarasa di KL ni. Nak balik kelate selalu tok pade. Jauh semata singge. hehe. Aku google je lah kedai yg ade jual singgang Ikan kat KL. Jumpa la few blog, tapi dalam banyak2 yg cadangkan makan sini paling ramai, buka sampai jam 2pagi. Tapi takdelah aku nak terjah jam 2 pagi, gila ke apa. Kebetulan baru balik dr beli barang di Aeon Quill Mall, Jalan kaki je dari situ ikot jalan belakang. hah jumpa.




sepanjang jalan ni semua menyajikan Ikan Singgang. Tinggal nak pilih kedai mana je

Nak dikutkan yg nak makan Sigge tokbini. haha. Sepanjang aku kawen dgn dia. tak pernah dia makan singgang sbb dia mmg tak suka. Dah membawa budak ni.. aleh2 mintak aku Ikan Singgang. Ait? Mushkil


Kedai yg jadi pilohan kami


Dalam deretan kedai yg ada, aku pilih SELERA RAMAI IKAN SINGGANG. So ni lah menu yg ada, kalau yg jenis biasa makan singgang + ulamman + budu. Memang biasalah dgn makanan ni. Kalau tak biasa pon Telan je lah... bukan susah pon. kahkah


menu 2


Untuk membasahkan tekak kita pd haritu, Air teh o panas, Tembikai sejuk dan ais kosong.
Cukup rasa  buah tembikai tu. manis2 buah.




menu pertama yg sampai : KERABU MANGGA. Pd aku rasa dia cukup tapi tak sesesap Suraya Kg Baru.



RM 5.00


Yang utama dah sampai. Aku oder menu niasa je. Nasi putih 2 x, Ulaman Rm 3.00, Budu, Daginng goreng. Ikan kembung goreng tu wajib ada. perghh sedap. RM 3 seekor. Menu utama Singgang Ikan.



untuk semua  ni termasuk air, aku kene dalm RM 27+


Overall? Sedap la. kalau nak pure lagi kene balik kampung makan masakan Maa. hehe




Lokasi :


Medan Selera
Jalan Dewan Sultan Ismail 1.
Kampung Baru, KL









Monday, January 12, 2015

JJCM : Boat Noodle



Cerita lama. makan on dah lama. Kebetulan dah ada dekat dengan Jaya One. Fenomena sungguh Boat Noodle ni. Aku saja je nak mencuba. Urban lah konon try new cafe/ spot makan kat kotaraya ni. kwangkwang....

Tengok gambar je lah. senang kan
semua pic pakai hp cikai. haha. tq pd tukang amik pic

Masa sampai tak susah pon nak cari. Ikot je signboard. Kebetulan datang dalam jam 6ptg. takde orang lagi. mungkin bersesak dalam jem. hahaha. masa sampai tu ade lah few group melayu  yg makan juga. sebelum aku makan pon dan baca beberapa blog, Takdelah terpinga2 nak oder apa? nak tau apa yg sedap atau tidak.


MENU

masa ni cawangan Boat Noodle Jaya One The School ni baru buka

RM 1.90 semangkok.

Basically Menu dia tu je. wakakak. Mee halus ( kuayteoew/ thai rice noodle)
2 jenis : Berkuah / Kering & Ayam / Daging.. rasa dua-dua tu sama je. Sedap pada aku. Oder banyak tu bukan sebab pelahap nak mampos. Tu sebab portion dia celah gigi. Semangkok RM 1.90. KIra sekali suap je dalam mulut. Pandai berniaga ya? HAHAHA.

Sedapla pd aku

Pendapat aku  rasa mee  ni sebiji macam - MEE CELUP dari gerai2 thai kat kelantan tu. Mee kuah dengan carikan ayam _ kangkung skit. berkacang, kuas manis pedas. Sama lah. ni nak makan kat kenaltan pon banyak.. hahah. Tapi sesekali mencuba... hehehe


KA NAM TUAY - coconut & pandan dessert RM 1. Sedap 

setel !



cawangan lain yg ade boat noodle.





Aku rasa ramai dah tau kewujudan Boat Noodle ni. Tapi aku bg lah IG acct dan cawangan yg ada. Senang kalau korang nak pergi kan?


Selamat mencuba