Nuffnang Ads

Wednesday, November 13, 2013

Pulau Perhentian - Pulau Kecil



Permulaan.

Aku pegi Pulau Perhentian dah lama, bulan april 2013. Kira 5 bln lepas lah, baru sekarang rasa nak tulis. Ramai orang tau Perhentian di terengganu, tapi tak semua tau, lagi dekat nak ke sana dr kelantan. Haaa mari sini aku nak cerita. Kebetulan masa aku pergi tu mmg tujuan pualng ke kampung aku, mana lagi kalau bukan Palekbang. Jadi cuti agak panjang sbb nak mengundi tak silap (aku lupa) aku amik peluang masuk Perhentian.Mula2 aku tanya member yg baru balik, dengan siapa dia booking bot/hotel semua.

Ok ini Agent yg terlibat.

SEALIFE TRAVEL & TOURS SDN BHD
Sealife Services
B1, Plaza Mara Pekan Kuala Besut.
Terengganu.
09: 690 2230 Hp : 0124496540 ( AJ) 0179503759 ( Syukri)
Email : sealifeservices @yahoo.com

Aku ambil pakej 3hr/2mlm siap dengan Bfast + bilik di Sharila Resort.Pulau Perhentian Kecil
Harga seorang adalah RM 250.00 ( bot, hotel, bfast). Pergi berdua jadi RM500 (tanpa snorkling) Clear ya semua.






Cara- cara ke sana :


1) Menaiki Flight - Kota Bharu, Kelantan.

Aku skrg menetap di shah alam, jadi kalau pulang ke Kelantan  aku naik flight, lagipon niat nak bercuti, aku taknak habiskan masa dijalan penat badan. So aku naik flight, sekarang banyak je sale AA ke Kota Bharu. return tiket rm60 sorang pon boleh dapat. Dari situ ade je teksi/ van yg bawa org ke jeti besut, ada Bayaran dikenakan. Tapi nak mudah , time korang booking pakej tu, minta lah mereka ambil terus dr airport KB, perjalanan Kurang dr 1 jam ke Jeti Besut.

2) naik Bas - Besut. dari besut aku tak sure camne nak ke Jeti Besut. Eh ke terus turun area Jeti Besut. (yg ni korang cari info sendiri) sbb aku tak tau naik bas.

3) kalau dah berada kat Kota Bharu? ambil bas cityliner ke Jeti Besut., RM6.50 je sehala. Mudah je. Dari situ ambil bot


Dari jeti :

1) kalau dh siap pakej memang mudah sbb korang tunggu bot je.
2) Kalau baru nak naik bot? RM60 untuk return seorang  ( jeti-pulau-jeti)
3) Ada satu tiket Marin kene bayar kat pondok polis sebelum masuk tu. RM5.00 sekepala. Tang ni aku pelik, ade yg kene bayo ade yg tak? haih.


Selalunya kalau dah naik bot tu, dalam 45 minit. Bot akan singgah Pulau Perhentian Besar utk hantar orang/ambil org. Kalau tanya aku apa beza pulau besar? pulau kecik? Pulau besar ramai penduduk, so pantainya agak teruk sikit. jadi prefer Pulau kecil, senang. More privacy. hahaha. Lagipon ade Long beach di Pulau Kecil. Bagi orang yg nak bersuka ria malam2 tu, pegilah situ, ade music psg sampai nak pecah telinga, khidmat shisha , makan dll. Aku pergi sekali malam tu. takde apa yg best pon. haha, kalau takat nak lepak22 ok laaa.

Resort/Homestay :

Pakej aku amik stay di Sharilla. jadi dapat bilik yg selesa. Aku suka resort ni sebab dlm hutan, hijau je. sejuk, bunyi burung. bilik dr Kayu. Toilet semua bersih, puas hati. 5 bintang aku bagi. kalau yg budget traveller tu, ade je Dom disediakan.. pandai2 la kawtim, Dr yg murah - mahal, ade je.



Makan :


Kalau siang tak happening sgt area pulau ni, sebab semua pon sibuk berendam, masuk laut diving dll. Jadi aku mmg bawa bekal siap2 dr rumah. Stok maggi, biskut roti , kalau2 lapar. Siang boleh makan di area sisir pantai, banyak je gerai2 makan. Cuma MAHAL. Roti Canai RM 4.00. heheh. Standardlaa kawasan Pulau kan? Nasi goreng RM9 camtu. nak kata sedap? biasa je. Tapi bila waktu malam. hehehe. Aku makan kat Resort aku je. Sedap ! Buffet yg tak berapa buffet. hahaha RM25.00 per pax. Seafood boleh pilih salah satu ( sotong/udang/ikan), yg Buffet cuma : Nasi goreng, Bihun gireng, tea, oren, salad, buah, puding, mushroom soup. (lain hari lain menu)






Aktiviti :

Snorkeling , Diving. Masa aku pergi ni, aku memang nak berehat je, hilangkan letih2 kerja kat opis tu. Jadi aku tak amik pakej snorkeling, Banyak je jual pakej kat situ boleh pilih. So aku free & easy, Rasa nak terjun pegi je ke bawah skit, area Sharilla tu ade private area. Berendam lah bape lama pon.









Okeylah itu saja yg aku nak kongsi. InsyaAllah tahun depan aku akan pergi lagi nak amik Diving course. hehehe. Pegi ramai2 dengan member.


























Wednesday, November 6, 2013

Nasi Lemak Pit stop @ N9




Semenjak aku cuba gerai tepi jalan ni. Boleh kata tiap kali aku kat s2 aku dtg makan. Mula2 jumpa gerai ni tak sengaja. Baru balik dr area mambau nak ke s2 heights. Nampak kereta parking banyak tepi jalan. Gerai ni belah kiri dia jalan kayu ara.  Jadi aku nekad lah nak cuba. 1st time datang Ns Lemak habis. Jadi yg ade cuma makanan berkuah : Mee Kari, Mee Jawa, Soto, Mee grg, Bihun grg dll.
Jadi aku cuba makan mee kari. perghhh sedap siot. 


Nasi lemak di letak depan kaunter. Jadi bila kali ke 2/3 dtg aku dh tau. Kalau nak makan ns lemak kene dtg awal sebelum jam10. So apelagik. sampai2 terus terjah ns lemak.. Ns lemak nye blh tahan. sambal kampung pedas2 manis. Kalau nK telur mata kene oder. hehehe


RM1.00 je sebungkus. dibalut daun pisang.selain tu ada makana lain. hampir semua aku dh cuba. boleh tahan semuanya. Sedap juga



Soto, Mee Kari, Mee jawa. Aku mmg jadikan ni spot baru aku utk sarapan. Cuma silapnya takde roti canai. klu ade mesti lg best. hehehe.


Nak jalan ke? adoii aku ni tak bape mahir. tp boleh la.. dr Mambau tu menghala ke seremban2 je jalan blkg. gerai ni tepi jalan. hehe. Kedai papan2.. tepi rumah org. dekat juga dkt Cendol/ Coconut shake Dara Jln kayu ara.





adios


Sunday, November 3, 2013

JJCM : Ayam Cabe Hijo @ Pecel Lele Lela




Macam tajuk di atas. Jadi tujuan makan kali ni untuk makan AYAM CABE HIJO ( aku boleh kata ni paling sedap lah setakat ni). Bertempat di Kedai Pecel Lele Lela seksyen 13, Shah Alam. ( lupa nak snap pic kedai dr depan) tapi kalau nak cari senang sangat. Kedai warna hijau kuning klu dr Laman Seri sec13 dh boleh nampak sebelah kanan ( deretan kedai lama).



Ini lah ayam cabe hijo. Pedas berapi. RM10.80 set. siap sup sayur asem + air mineral cup.


Set ayam bakar rm10.80 juga. Kalau compare Ayam bakar sini dan Wong Solo. aku suka wong solo lagi. hehe.



Bakso Komplit RM6.00




Marilah makan. Sedap sangat Ayam Cabe hijau tu. 






Sebahagian dr menu. ada pelbagai masakan lain. Tp yg utama Ayam Cabe Hijo tu memang sedap sangat. Oder set je. senang.. lain2 boleh tambah.. 


Ni lagi satu kedai makan yg boleh di recommend pd kawan2 kalau ke shah alam.. Selamat mencuba.










Saturday, November 2, 2013

JJCM : Bubur Nasi @ Night Circle sec11



Salam.


Entry makan lagi. hahaha.. Aku rasa mcm seronok pulak dpt share kedai makan dgn org. Memandangkan aku kerap makan luar. haha. Maklumlaa msg2 keje penat. Bini pon tak rajin katanya.. Jadi selalu lah makan luar. Dah pindah esok gigih suruh masak hari2. hehehe..


Dekat Shah Alam ni ( aku stay hampir 2thn) sejak mula kawen. sbb menetap dgn Mertua. Kalau kwn2 tanya sa ni makan apa yg sedap. Susah betul aku nak cakap. hehe. Tapi aku cuba share kedai2 yg kerap aku makan lah. Menu nya BUBUR NASI. Kalau kat Kg Baru,KL mmg la meriah. Tapi dr sa nk ke kl boleh tahan lapar gak. Jd option yg ade di Night Circle sec 11 shah alam.  Bawah ni ada alamat. Aku nak cakap cara jalan pon aku payah. tau lah shah alam byk betul roundboard. Jadi cari je lah ikot alamat di bawah. Oh kedai ni belakang Mamak DE Maju. dekat dgn Pak Mal Nasi Ayam sec11 juga.



Kedai nya waktu malam ramai. Selain dr bubur yg popular dgn pelbagai lauk. Ada juga western, Satay Kajang, Yong Tau Foo, Tauhu bakar, Charkuey teow ( ala2 gerai).. Masakan panas pon ada. tp aku tak penah cuba..



Ini sata pon ade. Kalau nak makan lah. Kalau taknak jgn sentuh. mudah. hehehe


Nah buburnya.. Malam baru ni. aku pilih Kailan Ikan Masin, Bilis goreng Kicap, Ayam grg kunyit. Tiap satu piring tu dlm RM3-4.50. Bergantungla... byk pilihan lain jugak...


Selain sini, aku ada jgk makan bubur di kg baru. selalu di soraya. Sedap jugak.
Sapa2 ke shah alam.. boleh la cuba makan di Night Circle







Friday, November 1, 2013

JJCM : Mee Bandung Muar JB




Salam.


Sabtu Minggu lepas aku dan fam in law ke JB atas urusan perkahwinan. Bukan aku yg kawen. heheh. cukuplah sorang... abang ipar yg kawen.. Jadi trip tu sebenarnya lebih kpd santai je. Kebetulan aku singgah muar utk jmpa abg aku yg menetap di sana. Ambil barang. Jadi alang2 nak singgah makan Mee Bandung Muar. Abg aku ckp MEE BANDUNG MUAR yg sedap area depan Sek Sains Muar. Pegi2 tutup pulak.  


Jadi aku call kwn yg mmg org sini. Katanya yg lain sedap ade di foodcourt stesen bas lama muar. Jadi ke sini lah kita...




Ini lah kedai mee Bandung muar tu. Pemandangan di tepi tu boleh nampak Masjid Biru. 



Mee Bandung Muar kami. RM4.00 satu pinggan. Dalam tu ade hirisan daging, sotong/ udang juga dan sebiji telur. Sayur2. Kuahnya Pekat! Sedap lah...



Pic dekat. Sedap sangat. Tak dapat depan sek sains. di sini pon dah ok sangat. Sapa2 nak cuba boleh la waze nama gerai tu. InsyaAllah jumpa.




Adios








Tuesday, October 29, 2013

JJCM : SELERA TIMUR : Nasi Kukus Uptown sec24.


Salam.

Kedai Nasi Kukus ni dah lama. Selalu aku lah yg nak makan. sbb wife tak suka sangat. Jadi ini tmpt plg dekat nak dptkan Nasi Kukus yg sedap area Shah Alam. 


Terletak di dlm Uptown sec 24, shah alam, Bahagian belakang yg banyak gerai2 makan tu. kedai dia belah hujung2 warna Merah dan ada tulis Nasi Kukus Ayam Berempah.




Kedai ni tak pernah takde org. Hari2 ramai. Menu dia ada banyak. Tapi aku akan pilih Nasi Kukus. Goreng2 pon ada. wife selalu oder mee2 lah. hehehehe. Kebetulan malam tu Bola. apalagik amik peluang lepak sekali lah. wife dah jeling2 dah... sbb dia tak suka tmpt crowded.



Tunggu dlm 5min sampaila,Nasi Kukus Ayam Berempah RM5.50
Sedap, aku suka kuah dia. kene lah tekak aku yg kelantan ni. hehehehe. kdg boleh mintak kaki ayam dan kuah dlm mangkok. org kelantan panggil Kropeh. 



Oder Kopok Leko. RM3


Air malam tu. Mintak Air kelapa. yg dtg besar nya mak aihhhh. Tak habis minum.


Sesapa nak try sedap ke tak? Nasi ni. Boleh dtg uptown sec24. Dijamin sedap. 
Alamat dia? pandai2 la korang waze. hehehe.



adios











Friday, October 25, 2013

Mahnaz Food : makanan dr timur tengah



Salam.


Kedai ni dah lama, tapi aku saja nak share dgn semua, sbb bini suka sangat datang sini beli Pati Gulsan Delima tu. Sini murah sikit RM12.00 sebotol.



Lokasi Mahnaz food ni di Batu3. aku pon tau lah sikit2 shah alam ni sejak duduk lps kawen. Area ni berdekatan dengan sekolah teknik shah alam. Dari situ dh boleh nmpk byk signboard besar pamer Kurma. hehehe. so ikot je lah signborad ya. Kalau nak waze lagi senang.



dlm tu ada banyak kekacang, kurma minuman segera dll. Harga boleh tahan murah sbb boleh beli borong.
Ni mmg kilang dia.



ini yg selalu bini aku beli. Bukan niaga. tp minum sendiri beli 2/3 botol je. Bini kata elok ni aku tak tau apa khasiat. pandai2 la korang google. 


Jadi bolh la terjah Mahnaz Food ni di Shah Alam.