Nuffnang Ads

Wednesday, November 13, 2013

Pulau Perhentian - Pulau Kecil



Permulaan.

Aku pegi Pulau Perhentian dah lama, bulan april 2013. Kira 5 bln lepas lah, baru sekarang rasa nak tulis. Ramai orang tau Perhentian di terengganu, tapi tak semua tau, lagi dekat nak ke sana dr kelantan. Haaa mari sini aku nak cerita. Kebetulan masa aku pergi tu mmg tujuan pualng ke kampung aku, mana lagi kalau bukan Palekbang. Jadi cuti agak panjang sbb nak mengundi tak silap (aku lupa) aku amik peluang masuk Perhentian.Mula2 aku tanya member yg baru balik, dengan siapa dia booking bot/hotel semua.

Ok ini Agent yg terlibat.

SEALIFE TRAVEL & TOURS SDN BHD
Sealife Services
B1, Plaza Mara Pekan Kuala Besut.
Terengganu.
09: 690 2230 Hp : 0124496540 ( AJ) 0179503759 ( Syukri)
Email : sealifeservices @yahoo.com

Aku ambil pakej 3hr/2mlm siap dengan Bfast + bilik di Sharila Resort.Pulau Perhentian Kecil
Harga seorang adalah RM 250.00 ( bot, hotel, bfast). Pergi berdua jadi RM500 (tanpa snorkling) Clear ya semua.






Cara- cara ke sana :


1) Menaiki Flight - Kota Bharu, Kelantan.

Aku skrg menetap di shah alam, jadi kalau pulang ke Kelantan  aku naik flight, lagipon niat nak bercuti, aku taknak habiskan masa dijalan penat badan. So aku naik flight, sekarang banyak je sale AA ke Kota Bharu. return tiket rm60 sorang pon boleh dapat. Dari situ ade je teksi/ van yg bawa org ke jeti besut, ada Bayaran dikenakan. Tapi nak mudah , time korang booking pakej tu, minta lah mereka ambil terus dr airport KB, perjalanan Kurang dr 1 jam ke Jeti Besut.

2) naik Bas - Besut. dari besut aku tak sure camne nak ke Jeti Besut. Eh ke terus turun area Jeti Besut. (yg ni korang cari info sendiri) sbb aku tak tau naik bas.

3) kalau dah berada kat Kota Bharu? ambil bas cityliner ke Jeti Besut., RM6.50 je sehala. Mudah je. Dari situ ambil bot


Dari jeti :

1) kalau dh siap pakej memang mudah sbb korang tunggu bot je.
2) Kalau baru nak naik bot? RM60 untuk return seorang  ( jeti-pulau-jeti)
3) Ada satu tiket Marin kene bayar kat pondok polis sebelum masuk tu. RM5.00 sekepala. Tang ni aku pelik, ade yg kene bayo ade yg tak? haih.


Selalunya kalau dah naik bot tu, dalam 45 minit. Bot akan singgah Pulau Perhentian Besar utk hantar orang/ambil org. Kalau tanya aku apa beza pulau besar? pulau kecik? Pulau besar ramai penduduk, so pantainya agak teruk sikit. jadi prefer Pulau kecil, senang. More privacy. hahaha. Lagipon ade Long beach di Pulau Kecil. Bagi orang yg nak bersuka ria malam2 tu, pegilah situ, ade music psg sampai nak pecah telinga, khidmat shisha , makan dll. Aku pergi sekali malam tu. takde apa yg best pon. haha, kalau takat nak lepak22 ok laaa.

Resort/Homestay :

Pakej aku amik stay di Sharilla. jadi dapat bilik yg selesa. Aku suka resort ni sebab dlm hutan, hijau je. sejuk, bunyi burung. bilik dr Kayu. Toilet semua bersih, puas hati. 5 bintang aku bagi. kalau yg budget traveller tu, ade je Dom disediakan.. pandai2 la kawtim, Dr yg murah - mahal, ade je.



Makan :


Kalau siang tak happening sgt area pulau ni, sebab semua pon sibuk berendam, masuk laut diving dll. Jadi aku mmg bawa bekal siap2 dr rumah. Stok maggi, biskut roti , kalau2 lapar. Siang boleh makan di area sisir pantai, banyak je gerai2 makan. Cuma MAHAL. Roti Canai RM 4.00. heheh. Standardlaa kawasan Pulau kan? Nasi goreng RM9 camtu. nak kata sedap? biasa je. Tapi bila waktu malam. hehehe. Aku makan kat Resort aku je. Sedap ! Buffet yg tak berapa buffet. hahaha RM25.00 per pax. Seafood boleh pilih salah satu ( sotong/udang/ikan), yg Buffet cuma : Nasi goreng, Bihun gireng, tea, oren, salad, buah, puding, mushroom soup. (lain hari lain menu)






Aktiviti :

Snorkeling , Diving. Masa aku pergi ni, aku memang nak berehat je, hilangkan letih2 kerja kat opis tu. Jadi aku tak amik pakej snorkeling, Banyak je jual pakej kat situ boleh pilih. So aku free & easy, Rasa nak terjun pegi je ke bawah skit, area Sharilla tu ade private area. Berendam lah bape lama pon.









Okeylah itu saja yg aku nak kongsi. InsyaAllah tahun depan aku akan pergi lagi nak amik Diving course. hehehe. Pegi ramai2 dengan member.


























No comments: