Nuffnang Ads

Friday, August 29, 2014

Ke Krabi lagi.


Krabi kali ke- 2

Ni adalah percutian lapuk yang aku tak share dalam ni ( yg Bali pon tak habis). Memandangkan blog macam sunyi sepi, jadi aku update la cerita ke Krabi untuk kali ke-2 . hehe. Percutian ni cuma 3/2malam dan aku ke sana May 2014. Tujuan memang nak berehat dan makan. Sebab sebelum ni pergi Krabi 2011 aku dah buat semua aktiviti yang ada. Hotel + Flight aku booking thru Air Asia dengan harga RM600/2 pax. Kami stay di Krabi La Playa.



Dalam bas, pada aku selesa, bersih.


Memandangkan ni adalah percutian backpackers. So dari awal lagi kami dah memilih untuk menaiki bas sahaja dari airport ke Hotel. Cara paling mudah dari Airport Krabi nak ke Aonang adalah menaiki bas yang terletak diluar. kaunter tiket ada selepas Imegresen, turun eskelator akan nampak 1 kaunter bas - SHUTTLE BUS to Aonang. Dengan harga 150bhat/RM15 seorang. Murah kan? Tahun honeymoon aku bayar hotel je ambil dr airport. dengan harga 1200bhat / RM 120.00 oii. Agaknya sebab honeymoon makan tak kisah bayar mahal. HAHA. So naik bas lah kita. Bila dah beli tiket keluar lah dari airport akan ade seorang yang dah tunggu dan chcek tiket tadi. Dia akan tunjuk dimana bas. bas tu park kat depan tu je. Senang, dia akan tanya stay mana? Kau bagitahu nama hotel. Setel , Bas turun kan betul2 depan hotel/ kawasan hotel.


Sewa skuter, isi minyak. Jalan ke Factory Outlet Krabi.

2011, Aku stay di Ananta Burin. Lorong depan sikit dari Krabi La Playa. Tapi kali ni aku macam suka pulak dengan Krabi La Playa ni, sebabnya lorong dia betul2 berhadapan gerai2 makanan Thai yg maha sedap tu. Selain Krabi La Playa dalam lorong yg sama ada Hotel Pakasai dan banyak lagi. Tapi La Playa ni jalan kaki sikit je. tak sampai 5 minit. Resort  ni berkonsepkan kayu. Bilik besar betul utk deluxe room. Ada kawasan hijau , menag tenang la aku rasa.


kalau compare Ananta - Krabi La Playa. aku suka La Playa lagi, Cantik luas kawasan tak terhad. Ananta kecil sikit tapi mahal nak mampos.


Aktiviti kat sana  banyak makan je. Boleh kata tiap hari aku keluar dan lepak gerai2 depan tu. Ada sehari je aku sewa motor dan ke Emerald Pool & Hot Stream ( crystal pool). Best ! Takpayah fikir nak bayar mana2 agen yg jual pakej2 tu. Sewa je motor demgan harga 200bhat/rm20 sehari. Cuma minyak mahal ler. Bulan May bukan peak season- jadi kurangla sikit mat salleh. Ramainya orang kita, china, dan few australian. Cuaca sendu-sendu. haha. Kejap panas, kejap hujan.so semua pakej jadi murah la. Berbaloi tapi tengok keadaan. Kalau naik laut time hujan tu cari nahas namanya.

Makan lagi.

Hot Stream

Kami ke Hot Stream. naik skuter bai. 30-45 min je pon. Krabi pada aku taklah bahaya mana, selesa je naik motor sebab macam kampung koboi je. kalau nak tau kat mana hotstream ni? Dia adalah selepas airport Krabi. Terus je akan juma traficlight besar ade tulis Crsytal Pool - atau dikenaili sbg Emerald Pool. Masuk je kek kiri follow je signboard. 

Kaunter yang menjual tiket bas - airport Krabi

Kalau dah datang naik Bas ke aonang, Balik pon mesti la nak naik bas. Aku takkan ambil teksi ke apa. sebabnya dah ada kemudahan yg mudah/ jimat. So caranya adalah pergi beli tiket sehari sebelum nak pulang di Tourism Information ade je kat area Aonang tu. Kalau nampak lambang *kapal terbang* mesti ada jual tiket ke Krabi Airport. Harga adalah sama. Nanti mereka akan bagitahu kat mana nak tunggu bas. Macam aku keluar la Playa memang ade 1 kaunter Tourism dkt dengan kedai runcit, Aku beli kat situ, dia suruh tunggu dalam tu. ada aircond. haha. Takyah tunggu tepi jalan. Bila bas nak sampai dalam 5min lagi, dia suruh kita tunggu kat bawah/luar. Senang kan? perjalanan sama je. 30-45 minit naik bas ke Airport. Percutian paling Jimat. Ke Krabi hanya RM800/ 2 pax termasuk Flight- Hotel - Makan -Belanja.



Aku suka beli pakej hotel + flight terus dengan Airasiago.com
Bulan depan ada orang belanja aku fly la. HAHA. Mekasih laaa wife.









No comments: