Nuffnang Ads

Friday, August 29, 2014

Ke Krabi lagi.


Krabi kali ke- 2

Ni adalah percutian lapuk yang aku tak share dalam ni ( yg Bali pon tak habis). Memandangkan blog macam sunyi sepi, jadi aku update la cerita ke Krabi untuk kali ke-2 . hehe. Percutian ni cuma 3/2malam dan aku ke sana May 2014. Tujuan memang nak berehat dan makan. Sebab sebelum ni pergi Krabi 2011 aku dah buat semua aktiviti yang ada. Hotel + Flight aku booking thru Air Asia dengan harga RM600/2 pax. Kami stay di Krabi La Playa.



Dalam bas, pada aku selesa, bersih.


Memandangkan ni adalah percutian backpackers. So dari awal lagi kami dah memilih untuk menaiki bas sahaja dari airport ke Hotel. Cara paling mudah dari Airport Krabi nak ke Aonang adalah menaiki bas yang terletak diluar. kaunter tiket ada selepas Imegresen, turun eskelator akan nampak 1 kaunter bas - SHUTTLE BUS to Aonang. Dengan harga 150bhat/RM15 seorang. Murah kan? Tahun honeymoon aku bayar hotel je ambil dr airport. dengan harga 1200bhat / RM 120.00 oii. Agaknya sebab honeymoon makan tak kisah bayar mahal. HAHA. So naik bas lah kita. Bila dah beli tiket keluar lah dari airport akan ade seorang yang dah tunggu dan chcek tiket tadi. Dia akan tunjuk dimana bas. bas tu park kat depan tu je. Senang, dia akan tanya stay mana? Kau bagitahu nama hotel. Setel , Bas turun kan betul2 depan hotel/ kawasan hotel.


Sewa skuter, isi minyak. Jalan ke Factory Outlet Krabi.

2011, Aku stay di Ananta Burin. Lorong depan sikit dari Krabi La Playa. Tapi kali ni aku macam suka pulak dengan Krabi La Playa ni, sebabnya lorong dia betul2 berhadapan gerai2 makanan Thai yg maha sedap tu. Selain Krabi La Playa dalam lorong yg sama ada Hotel Pakasai dan banyak lagi. Tapi La Playa ni jalan kaki sikit je. tak sampai 5 minit. Resort  ni berkonsepkan kayu. Bilik besar betul utk deluxe room. Ada kawasan hijau , menag tenang la aku rasa.


kalau compare Ananta - Krabi La Playa. aku suka La Playa lagi, Cantik luas kawasan tak terhad. Ananta kecil sikit tapi mahal nak mampos.


Aktiviti kat sana  banyak makan je. Boleh kata tiap hari aku keluar dan lepak gerai2 depan tu. Ada sehari je aku sewa motor dan ke Emerald Pool & Hot Stream ( crystal pool). Best ! Takpayah fikir nak bayar mana2 agen yg jual pakej2 tu. Sewa je motor demgan harga 200bhat/rm20 sehari. Cuma minyak mahal ler. Bulan May bukan peak season- jadi kurangla sikit mat salleh. Ramainya orang kita, china, dan few australian. Cuaca sendu-sendu. haha. Kejap panas, kejap hujan.so semua pakej jadi murah la. Berbaloi tapi tengok keadaan. Kalau naik laut time hujan tu cari nahas namanya.

Makan lagi.

Hot Stream

Kami ke Hot Stream. naik skuter bai. 30-45 min je pon. Krabi pada aku taklah bahaya mana, selesa je naik motor sebab macam kampung koboi je. kalau nak tau kat mana hotstream ni? Dia adalah selepas airport Krabi. Terus je akan juma traficlight besar ade tulis Crsytal Pool - atau dikenaili sbg Emerald Pool. Masuk je kek kiri follow je signboard. 

Kaunter yang menjual tiket bas - airport Krabi

Kalau dah datang naik Bas ke aonang, Balik pon mesti la nak naik bas. Aku takkan ambil teksi ke apa. sebabnya dah ada kemudahan yg mudah/ jimat. So caranya adalah pergi beli tiket sehari sebelum nak pulang di Tourism Information ade je kat area Aonang tu. Kalau nampak lambang *kapal terbang* mesti ada jual tiket ke Krabi Airport. Harga adalah sama. Nanti mereka akan bagitahu kat mana nak tunggu bas. Macam aku keluar la Playa memang ade 1 kaunter Tourism dkt dengan kedai runcit, Aku beli kat situ, dia suruh tunggu dalam tu. ada aircond. haha. Takyah tunggu tepi jalan. Bila bas nak sampai dalam 5min lagi, dia suruh kita tunggu kat bawah/luar. Senang kan? perjalanan sama je. 30-45 minit naik bas ke Airport. Percutian paling Jimat. Ke Krabi hanya RM800/ 2 pax termasuk Flight- Hotel - Makan -Belanja.



Aku suka beli pakej hotel + flight terus dengan Airasiago.com
Bulan depan ada orang belanja aku fly la. HAHA. Mekasih laaa wife.









Sunday, August 24, 2014

JJCM : Ayam Penyet | Pecel Lele Asama Tomyam


AYAM PENYET.

Aku jarang suka makanan Indonesia. Apetah lagi kalau makan kat sini. Kalau makan kat bandung aku memang tak menolak. Tapi bila kat KL ni. Wife ajak makan Wong Solo etc. Sebolehnya aku menolak and ajak pergi kedai lain. haha. Tapi kalau betul2 nak makan sangat aku follow je. Cuma 1 kedai ni aku tak menolak. Tahu kedai ni dari wife tahun 2011- Masa dia kerja dengan OCBC bank. Dia kata selalu jumpa kawan kat RHB Bank Jl Tun Razak. Sebab tu dia tahu kedai ni.

ASAMA TOMYAM & PECEL LELE.

Menu kat sini simple.

1) ayam penyet
2) Ikan Kembung penyet
3) Ikan Keli
4) puyuh 
5) Pecel sayur


Tiap Set datang dengan Nasi Putih, Sup, Ayam etc tu goreng panas2. Nama kedai ada tomyam, tak pasti pulak malam jual goreng2 ke apa. Tak pernah makan. selalu makan Ayam Penyet je

Jalan 2/76A

Kg. Pandan, KL, Arah nak ke sini? kalau ikot aku yg senang nak paham ni?
Dr Jln Tun Razak. ada RHB bank HQ besar tu? Makesure belah kiri kita. So jalan terus je menuju ke bulatan kg,pandan yg besar tu? Amik jam 9 - ke kiri terus. Lepas tu akan lalu kedai ARAB Al-rawsha semua tu, sampai hujung ambil susur ke kiri lagi dan terus sampai nampak kereta banyak parking luar jalan . haha. atau pon nampak lorong yg tulis JALAN 2/76A


Nampak mcm khemah ni. tu lah ASAMA PECEL LELE


Konsep kedai ni warung je. Ruang makan pon bawah khemah. Zaman aku makan dulu khemah dia 2 je. la ni dah besar dah. sampai tanah2 tepi tu pon penuh meja..


Sedap! RM 7.50 per set. Nasi Panas & Sup. Sambal dia tu yg perghhhhh sedap meleleh makan

Selalu ambil Ayam je. Tapi Pecel sayur dia pon sedap.

Sejak stay jauh dr KL ni, jarang la pulak makan sini. Tp sesekali lalu tu, memang akan singgah.


Waktu Operasi :

ISNIN - SABTU - 11am to 12mlm
AHAD - 5pm keatas.

Alamat : ( waze je sure jumpa)

ASAMA PECEL LELE
Desa Pandan Off Jalan Kampung Pandan
Ampang, KL







Saturday, August 16, 2014

JJCM : Half Moon Restaurant - Nasi Arab



Sekali lagi ! Nasi Arab. hehehe. Marah bini ... Dah dia tanya nak makan apa? dia belanja. Mestilah aku pilih Nasi Arab. Mula2 ingat nak makan di Sec7. Tapi wife cadangkan makan di kedai half Moon ( kedai fav aku dia ckp) .. sebab alang- alang nak balik rumah menuju ke seremban.

Aku tau restoran ni pon dari kawan ( mcm ayat blog sblm ni) haha. Masa tu time kerja di  Cyber , kawan ajak try back 2011 tak silap. lama sangat dah. Sesekali je datang sini. Kedai ni memang milik orang arab. dari cashier - pekerja- tukang masak semua arabian. bila masuk dalam tu dah rasa macam di negara timur tengah pulak. HAHA.



Buku menu.



Salah satu sebab kenapa aku suka makan di Half Moon ni? Rasa dia confirm la SEDAP ! PORTION sangat besar. HARGA pon pada aku murah sangat ! Aku pernah makan di Tarbush, Sunway Pyramid. Food dia memang Sedap laa sesuai harga dia yg boleh tahan .hehe. Ok balik pada kedai halfmoon ni, menu ida spt tertera.






Pilihan aku  : Lamb Kabsah Rm 15. Nasi dia sedap well blend la dgn kambing tu. Kambing lembut sgt, ade dalam 3 ketul dia letak. nasi tu mg boleh makan 2 orang. banyak wooo



Chicken Kabsah Rm 12. Wife punya. dia mcm biasalah ratah ayam je. nasi tu aku yg habiskan. haha.
Susah makan dgn orang tak-se geng ni.


Aku tetap suka dgn nasi arab. hehehe. Dah bosan makan Saba'. Pd aku halfmoon ni lagi sedap dr saba' cyber. Kedai ni dah lama. aku rasa dah ramai tahu. 

Lokasi :

Half Moon Restaurant
Jalan SP 2/8
Taman Serdang Perdana
43300, Seri Kembangan, Selangor





JJCM : Restoran Aroma Hijrah


Salam !

Lama tak buka cerita pasal makan kan? Sekarang  ni kedai masakan Arab tumbuh merata-rata. Di shah alam sendiri tak susah nak cari. ade beberapa kedai menjual Makanan Arab ! Minggu lepas rasa nak cuba kedai ni. tau dari kawan. Kawan kata sedap makan kat sini. Jadi mari lah kita cuba.



Kedai ni tak jauh dari Nasi Kak Wok JJ Shah Alam. Satu kawasan dah. Jadi senang sangat nak jumpa. Kalau waze pon mesti jumpa punya. Masa datang kedai  ni ramai sangat orang ! Fuhhh ni penangan lmab Kabsah kot.


Dekorasi kedai sangat cantik. boleh pilih nak duduk meja biasa atau bersila. Jadi kami pilih nak bersila. Santai sikit. Dalam kepala memang terfikir nak makan kambing. maka menu Kambing menjadi pilihan : 
Lamb Kabsah, Wife pulak makan Chicken Kebab.



Overall ! Puasa hati. Portion biasa-biasa saja. Harga dia agak mahal pada aku. Sebab kedai lain yg hidang macam nasi nak tertumpah lagi murah dari ni. Tapi takpe. Kalau rasa dah ok. Semua tu takde masalah.
Wife kata chicken kebab dia sedap sangat. Menu yg kene cuba bila datang balik. Ayam tu dia masak dgn sos rasanya. Memang sedap tak kering mcm kedai arab lain. Nasi aku ok, Kambing tu sikit sangat. hehe. So sesiapa nak cuba alamat spt dibawah :



ni alamat kedai :

NO 8, Jalan Opera U2/H
TTDI Jaya
40150 Shah Alam, Selangor
Phone Number : 03-7832 1524