Nuffnang Ads

Wednesday, May 7, 2014

JJCM : Nasi Ganja Shah Alam



Assalamualaikum.

Lama tak update. Tapi tiap kali update pon mesti kedai makan je. heheh. Suka lagi tulis psl makanan dan percutian. Maka! dengan ini aku nak cerita sikit pasal Kedai Nasi Kandar yg terletak di glenmarie.

Orang panggil Nasi Ganja. Amma! Sedap pon sedap. Harga dia ? entah. aku tengok2 tah hape dia tekan dgn air teh o ais 2? Nasi sayur ayam goreng X 2 + kentang skit. RM 20.60

Berbaloi lah kot? 


Kedai ni sederet dengan kilang choc Fidani. and memang kawasan kedai repair kereta. Waze saja lah camne cara nak kesini.


Masuk kedai kene terus beratur. dan ambil nasi.. boleh la pilih ayam goreng rempah yg digoreng panas2 mcm pisang gorang. Kuah campur. sayur ikot dia la letak apa. Kadang kobis, kadang2 taugeh, kadang2 Jelatan Timun tu je. 


Ada jugak pilihan lauk lain mcm Ikan, Sorong, Udang, pelbagai jenis sayur, telur.. dll. pendek kata penuhlaa kaunter dia tu dgn makanan.. pilih.. then terus pegi bayar.. Oder air. Duduk makan!





Nak kata selalu makan sini pon tak jugak. sekali sekala je. Kalau tekak nak sangat nasi kandar. Jadi takkan nak drive g penang nun.. Boleh la makan disini.

Alhamdulillah kenyang perut. Senang hati. Rezeki ...




Adios.







No comments: