Nuffnang Ads

Saturday, May 24, 2014

JJCM : Tous Les Jours , Bangsar



Assalamualaikum. Selamat Berhujung Minggu. hehe
Akau baru balik dari Krabi. Saja bercuti 3hari ke sana. Nanti aku cerita serba sedikit pasal percutian last minute tu. Sekarang aku nak cerita sikit tentang Cafe/ Bakery yang tengah popular dikalangan anak remaja sekarang ni. Tak main dah lepak mamak. Sekarang Urban kene lepak Cafe mahal2. Nak nak cafe yang served food quick & bite ni tumbuh macam cendawan.

TOUS KES JOURS- Authentic Bakery

yang maksud All days . Kedai ni asal dari Korea katanya.
So ini dia cafe  Bakery yang aku pergi last week di Jln Telawi, Bangsar. Dekat sangat dengan ofism Jadi agak-agak nak melepak sambil hidup secawan kopi dan makan roti. cantik lah.. Kita cuba makan sini selepas levain cafe.



Lokasi di tengah Bangsar, berdekatan dengan mall Bangsar Village. Tak susah pon nak cari, kalau nak waze pon senang. tapi rasanya Bangsar tu bukan besar mana pon.. jadi senanglah kalau rasa nak melepak kat sini.


Pilihan Roti & Pastri. Harga bermula daro RM 3.50- RM 5.90
Dessert : RM 7.00 hingga RM 11.90
Cake : RM 65.00 keatas.



Pada aku pilihan roti dan menu dia takdelah banyak sangat kalau nak compare dengan Levain, Jln Tun Razak. Tapi masih  boleh terima lah dengan few menu yang ada. rasanya cukup kenyang lah kot kalau nak makan. Aku sebenranya pernah beli roti lat sini, Tapi tapau.. so aku dah rasa hampir 50% roti2 yg ada. MEMAMG SEDAP & BERBALOI lah kalau makan. Tak rugi pon dengan harga yang ditawarkan.



image google : Banyak pilihan cake dan dessert. nanti aku nak cuba beli sebiji cake kat sini

Ok memandangkan masa banyak lagi, So aku decide untuk lepak dan minum kat situ,. Semua dalah self-servis. Pilih roti dan ke kaunter. Oder dan bayar, NO akan diberi. Menu dia ada di kaunter. Food akan di hantar ke Meja .Mudah je kan?




Untuk haritu aku oder Latte , Ice Lemon Tea, 3 jenis Roti & Pastri beharga RM 3.50-5.00 satu.
Roti Pulut & Cream Cheese tu sedap bai ! Gila sedap. wajib cuba lah kalau datang sini. as usual Roti kat Tous Les Jours ni tak menghampakan. TOTAL di atas : RM 32.00 +- aku lupa. hehehe







Sunday, May 18, 2014

JJCM : Ikan Bakar Muara Sg Duyung, Melaka



Hujung minggu lepas, aku buat aktiviti makan.. kemana lagi kalau bukan Melaka. itu je dekat dengan rumah. kebetulan wife punya turn belanja. Hehe

Jadi aku pilih utk ke Muara Ikan Bakar Sg Duyung. nak ke umbai ... Alai ikan bakar tu cam jauh sangat. jadi ke sg duyung pon ok sangat.. Ni bukan kali pertama.. Makan disini lebih 10x dah aku rasa.



Bila dah dapat meja.. terus ada yg hantar bungkusan nasi lemak. Kacang dan sambal kicap..

Lepas tu terus lah oder ika. Fresh2.. kalau ikot kan makan sini lg murah dari makan kat pd haritu... Haritu aku kene RM 70.00 ( Ikan, Sup daging, Nasi)

Tapi yg makan di sg duyung ni MURAH! Untuk semua ni cuma kene RM 54.00 sahaja.


Aku pilih ikan siakap ( bakar + sweet sour), Kerang rebus, Sotong goreng tepung, Kailan ikan masin, air buah x 2. nasi putih x 2... Oklah murah..

Bagusnya kat sini.. abang tu sendiri yg suggest half bakar/ half masak lain.. Sedap makan katanya... Heheh.
Ika  sweet sour tu sedap gilaaa. Perghhh rasanya mcm ada perubahan skit dr segi mSakan... Sbb selama ni makan... Rasa biasa2 je...




Kerang fresh dan manis sgt...
Kailan tu terlebih masak aku rasa... So lembik.. Huhu. 
Sotong goreng tepung ok sedap. Cuma sambal kicap dia tak kick plak.. Selama ni aku makan sedap... kali ni cam cair pulak....


Kami habis makan dalam jam 8.30mlm... Terus shoot pulang ke S2... Hehehe.

Waze : Muara Ikan Bakar Sg Duyung








Adios.

Thursday, May 15, 2014

JJCM : Shakti's Apam Bangsar



Assalamualaikum.

mood rajin sambil buat keja sambil tulis blog. Kali ni aku nak share satu stall kuih 
( Vegetarian) di deretan kedai lama Bangsar. lokasi dia sebelah je dengan kedai Tomyam popular - Yusof Tomyam Bangsar tu. Waze je kompem jumpa punya...


Alang2 dinner. Gerai sebelah jual kuih2 goreng panas. tapi paling sedap kat sini dan aku suka makan - APAM MANIS.

 
menu : kalau tengoj selain Apam. Ade putu mayam, Chapati, Tosai dll. harga murah2 je.. paling aku suka jugak Popia goreng dia. Perghhhhj sedap rangup. N pedas2 




Ini stall nya... 


kuih2 yg digoreng panas.



popia goreng sedap. inti sayur je ( ni kan stall vegeterian) Jadi kuih2 nya banyak berasas sayur. 

Ini lah dia Apam manis yg sedap makan panas2 .. 1 harga dia dalam rm1.20 je (plain) klu yg ade gula merah tu rm1.60. Sementara tunggu tomyam sampai.. makan kuih2 stall sebelah. mahsyukkk woooo.. Sejak aku ajar bini makan.. Asal ke bangsar mesti singgah sini tapau Apam.. Heheh.


Okeylah adios






Monday, May 12, 2014

JJCM : Makan di Cafe Tappers



Last weekend keluar jalan2. takde tujuan pon nak kemana. tapi dr Kuala Lumpur membawa ke Shah alam lepas tu terus nak balik Seremban. Odw nak balik lalu elite. wife ajak lepak new mall yg baru buka di area USJ. One City Mall.

Tah mall ke? Aku main letak je .. Haha.
jadi kami lepak kat One City Skypark. tengok la puchong/ usj dr ketinggi level 12 bangunan tu



Masa memula nak lalu ni aku cuak jugak. Sebab kita boleh tengok level2 bawah tu. seramm woooo.. lepas dah lepak dalam 10-15min turun la sapedek. apalagik?

Cik Puan nak makan kat Tappers. tah hape yang best pon aku tak tau. Jadi ikutkan aje lah...



cafe ni pilihan Jalan2 cari Makan TV3. kalau tengok kat pintu masuk tu.. Serba Putih. Hiasan dalaman semua perabot putih. Cosy lah...


Menu dia ada banyak pilihan. dari Local/ Pasta/ Salad/ Sandwich/ Soup/ Western etc . harga bermula dari RM 9.90-12.90

minuman pon pelbagai. aku haritu oder Cappucino je. RM 4.50. Oder style kopitiam.. ade kertas disediakan kita tulis la code makanan/minuman. panggil org. Setel !


Oder Hainanese Chicken Chop. boleh tahan la.. Takde la wow sangat. ni menu Mem.. Aku makan roti bakar je.. Kenyang lagi masa tu.


Tappers ni banyak cawangan. boleh la refer website dorang.




Adios.





Wednesday, May 7, 2014

JJCM : Nasi Ganja Shah Alam



Assalamualaikum.

Lama tak update. Tapi tiap kali update pon mesti kedai makan je. heheh. Suka lagi tulis psl makanan dan percutian. Maka! dengan ini aku nak cerita sikit pasal Kedai Nasi Kandar yg terletak di glenmarie.

Orang panggil Nasi Ganja. Amma! Sedap pon sedap. Harga dia ? entah. aku tengok2 tah hape dia tekan dgn air teh o ais 2? Nasi sayur ayam goreng X 2 + kentang skit. RM 20.60

Berbaloi lah kot? 


Kedai ni sederet dengan kilang choc Fidani. and memang kawasan kedai repair kereta. Waze saja lah camne cara nak kesini.


Masuk kedai kene terus beratur. dan ambil nasi.. boleh la pilih ayam goreng rempah yg digoreng panas2 mcm pisang gorang. Kuah campur. sayur ikot dia la letak apa. Kadang kobis, kadang2 taugeh, kadang2 Jelatan Timun tu je. 


Ada jugak pilihan lauk lain mcm Ikan, Sorong, Udang, pelbagai jenis sayur, telur.. dll. pendek kata penuhlaa kaunter dia tu dgn makanan.. pilih.. then terus pegi bayar.. Oder air. Duduk makan!





Nak kata selalu makan sini pon tak jugak. sekali sekala je. Kalau tekak nak sangat nasi kandar. Jadi takkan nak drive g penang nun.. Boleh la makan disini.

Alhamdulillah kenyang perut. Senang hati. Rezeki ...




Adios.







Friday, May 2, 2014

JJCM : Makan Restoran Ikan Bakar Mesra, PD


Semalam aku ke PD. saja nak mandi2 dan menikmati laut. Jadi lepas dah setel aktiviti mandi. Aku google kedai makan sedap area PD. Rata2 semua senaraikan kedai 

IKAN BAKAR MESRA.

Makanya kita pergi. Menu Utama disini adalah seafood. Dan specialist dgn IKA. BAKAR nya. Lepas dptkan meja. Oder  Kailan Ikan masin, sup daging, Nasi lemak.Ikan pilih sendiri. Aku makan berdua.. Ikan semua besar2 . dah satu keje nak habiskan.. Aku pilih Ikan Jenahak/ rm65.00/ per kg.



Bakar saja. Sambal kicap dan air asam tu sedap. Ikan memang fresh. 


Servis boleh tahan laju. Cuma ikan kene tunggu.. Nasi lemak dia yg simple tu sedap..Sup daging & Sayur tu mmg kene  la kat tekak. ala2 masakan thai. 

Selain ni kami oder Nasi putih , Air tembikai dan teh o ais. TOTAL semua RM 70.00. Pada aku mahal ( klu ikot apa yg aku oder)..tapi takpe.. sbb dah sedia maklum ,kwn aku yg biasa makan sini kata kedai ni mmg mahal. hahaha. Makan berdua pon kdg cecah rm120... 

Aku tak amik la sotong ke udang ke. sbb ni kedai Ikan Bakar. klu nak seafood baik aku pegi kedai thai. hehehe. 

Overall Oklah.. Sedap kene tekak...






kalau nak tau kat mana kedai ni? senang sangat ! Depan dengan stesen minyak CALTEX atau cari je MESRA supermarket. sebelah2 je. berada di area teluk kemang.



adios






Thursday, May 1, 2014

JJCM : Pisang Cheese Jakarta



Assalamualaikum! 

Harini nak cerita tentang PISANG GORENG CHEESE JAKARTA. Kalau siapa selalu travel Indonesia. Jakarta/ Bandung dll. Mesti tau ni antara menu wajib dalam list makanan dorg kan? Sedap. Kat sana ni antara kegemaran aku lah jgk. Ok skg klu nak makan takyah sesusah fly jkt/bdo tu. Dah boleh beli kat shah alam. ( kiosk lain aku rs ada di Bangi).

Kalau di shah alam. Dekat dgn rumah mertua. Seksyen 23 shah alam. Ade restoran TAM NASI AYAM sebelah aeon big? Kiosk ni dalam kedai nasi ayam ni.


Kiosk kecik je kat sebelah area air. Ada beberapa jenis.

Plain = RM 6.00 ( pisang & cheese shj)
Cheese Choc = RM 7.00 ( pisang, cheese, choc rice & choc syrup)



Rupanya begini. Makan panas2 memang sedap. Nak2 cheese tu akan mencair lah. sbb kene pisang goreng yg panas tu.. 

Kalau nak senang boleh follow Instagram 
PISANG CHEESE JAKARTA : pcjakarta

Shah Alam ada 2 kiosk.

1) TAM NASI AYAM sec 23
2) LAWANG SARI blkg giant sec 7

BANDAR BARU BANGI kiosk.

1) RESTORAN KELISA ( sebelah hospital az-zahra)


Tak pon add je ig: pcjakarta ! Kat situ ada update dimana kiosk2 ni berada.. Selamat mencuba ;)





Adios