Nuffnang Ads

Saturday, November 30, 2013

Rumput philipine



Salam.



Aku dh lama nak tanam rumput kat laman kecik depan rumah tu. Tapi kekangan masa. Kebetulan harini free lps pegi Proton Expo. So terus la ke Sg.buloh. Tujuan utama haruslah beli rumput. Tu aje yg aku terfikir. Bunga2 ke apa aku tak pk lagi. biar mam pk. hehehe



Atas tu rumput Philipine RM1.50 satu. ukuran 2x1. Aku beli ngam2 je. Tak tau ckup ke tak. Amik 10. Bawah tu Runput mutiara RM1.90 satu. Tak minat. heheheh. 



Keladi air ke keladi apa pon aku tak tau. Bini sibuk nak keladi. Tapi tak beli. sbb belom pk lagi camne rupa taman kecik yg nak buat tu.so hold dulu. RM20 satu plastik. 


Aku beli pokok jenis berdaun/bunga yg halus2 tu RM2.00 seplastik. Yg ni nak hias liar pagar. bg warna2 skit. atas tubade yg rm3- rm5. 




Sevab cuaca nak hujan. Aku setel cepat2 dan blah. Aku beli jgk Pasir 1guni rm7.00 dan baja utk rumput. So total habis lebih kurang RM46.00.

Okeyla utk permulaan. Kang ade idea nak buat taman kecik. Baru fikir. hehehe.




Adiosz



Tuesday, November 26, 2013

Day trip : Melaka



Salam.

Belum habis cerita melaka. hahah. Maklumlah tgh bosan. Tujuan aku ke melaka sabtu lepas adalah saja-saja. heheh. Wife ajak sabtu, aku malas. Jadi aku janji ahad. Pagi3 dh sibuk nak gerak awal. Pada aku Melaka tak banyak berubah. Masih sama, tapi aku perasan ade sikit perubahan/ naik taraf bangunan.  Jadi mungkin bila dh siap nanti lagi cantik. Yg tak best Melaka makin jem. hehehe.






Day trip ke Melaka ni mcm JJCM je aku rasa. Asik makan je sampai kembung perut. Tak cadang nak tido ke apa. sbb dekat sangat dh dgn somban. +- 45min je. Tu pon aku lalu jalan kmpg Rembau/ Alor Gajah sedap sikit bawak lalu kampung2.


Kedai pertama aku tuju : Ee Ji Ban Rice ball tu. Yg kedua ini :


KLEBANG COCONUT SHAKE. 


Last oct pegi baru perasan dah ade pintu gerbang besar. Majuuu. Bagus2.. hehehe



Benda wajib amik, Nasi lemak daun pisang & karipap.






Kami minum n makan nasi lemak tu. Lepak dlm 30min. Klebang coconut shake ni mmg wajib singgah la klu kat melaka. Aku klu ke sini minum n tapau terus. Beli banyak2 simpan dlm peti rumah. hehehe. Nikmattt.



Lokasi seterusnya bila kat Melaka mestilah Kuih Keria Haji Jalil yg popular tu. Sampai skrg aku tak paham kenapa wife aku suka sangat? sekali beli rm5.00


Ini rupa Kuih Keria salut gula melaka. Sebiji rm0.50sen.



Tapau jugak. heheheh.





Lepas dh kenyang. Kami sambung pusing2 dlm kereta sekitar town melaka. Saja tengok org. Klu berhenti park kene jalan kaki jauh. Cuti skolah lagi. Full.. Jadi drive sambil jalan2.. hehe. 

Petang sikit dalam Jam 6, kami menuju ke ASAM PEDAS CLAYPOT.



Kedai ni buka petang ke malam agaknyalah sbb masa aku dtg tu baru susun meja. Ade lagi satu kedai asam pedas berdepan Claypot ni - ASAM PEDAS POKOK BESAR, time aku nak balik 7pm tu baru nak bukak. Mmg camtu kot.. Satu aku suka pasal kedai Claypot ni servis dia laju. Oder je tunggu tak lama dah siap. Walhal masa tu punya lah ramai manusia. Aku duduk tak sampai 5min, Full house kat luar tu. 



Oder ni : Set Nasi 2 ( Nasi, Sayur, Telur asin, sambal belacan), Telo dadar. Ikan Jenahak isi asam pedas utk isteri, Ikan Pari utk aku, Teh o panas 2. Total makan RM 30.00. Aku tengok dia kira semangkok Claypot Ikan Jenahak & Pari tu RM8.50. Oklah kot. Kuah dia pekat, pedas sedap. heheh. Boleh repeat lah lps ni.


Ok tu je lah Day trip ke Melaka. dah selalu sangat buat trip melaka, sampai rasa jemu lah. Tapi klu sesaja nak jalan2 lepak ok je.. hehehe.






















Sunday, November 24, 2013

JJCM : Ee Ji Ban Chicken Rice Ball , Melaka


Salam.


Semalam decide nak bawa wife pegi Melaka, saja buat aktiviti JJCM. Kebetulan kwn wife ade di melaka. Jadi kami jmpa di sana. Kedai yg kami cuba kali ni Chicken rice ball yg HALAL di melaka.

EE JI BAN. Kedai ni pernah masuk JJCM TV3 dan rancangan yg ade hanis zalika tu aku pon tak tau. hahaha.
mula2 masa sampai , aku ragu2 sbb tgk pada signboard je. bila dah masuk ade logo Halal dan ramainyaaa Melayu makan. Yakin. hehehe




Menu dia sangat simple. Nasi Ayam, Chicken roasted/stim. Sayuran ade pelbagai bole oder. Harga chic ruce ball 30sen sebiji. Aku ambil nasi je senang kenyang. aku bkn suka mkn benda berkepal2. 



Aku ambil sayur kailan belacan ( takde dlm pic) sedap jgk! Chic rice ball tu sedap sm je mcm Ns ayam, cuma dia kepalkan dan agak melekit. Rosted ayam dia crispy habis. sedap gilaaa. Ayam stim pon sedap. 


Siapa2 nak makan ni alamat . dekat e mmg kat town melaka. deretan kedai belakang Hatten hotel










Thursday, November 14, 2013

JJCM : Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai


Salam. 

Kali ni aku nak cerita ttg sebuah kedai makan yg tak berapa jauh dari rumah aku. Kira jauh juga lah. Dalam 30min. sebab kedai ni berada di Nilai. Aku rasa semua tahu kewujudan kedai makan Cantik dalam taman dihiasi bunga/pokok hjau ni. cuma bila dh pindah somban ni, aku kenelah cari pot makan menarik. sekurangnya kalau org tanya? tahu lah aku jawab/ bawa fam makan. Betul tak?

Kedai Aunty Aini's, aku bukan tau sangat pot makan. Bini yg cakap nak makan sini sebab tgk bini member opis aku (merangkap opismate aku jugak) MAKAN kat sini. tapi tak tunjuk makanan, Tunjuk tempat. Biasalah pompuan, nampak tempat best je nak cuba. nak jadi cerita odw balik dr sa ke s2 aku akan lalu dr lcct tu, Jalan dalam, bini suggest makan. alang2 kan. Jadi petang tu kami makan disini. hehehe










Masa kami sampai bermangga pintu luar. rupanya ade 2 session, pagi- ptg. jadi buka semula at 530. Kami kene tunggu dlm 15min. Lps pintu buka, kami terus menuju ke meja, aku mcm biasa pilih ade kipas. panass.s hehehehe.






Pertama kali datang, tak tahu nak makan apa. Tapi sempat google sebelum masuk kedai. hahahaah. Makanan Kampung katanya yg sedap. jadi takkan kami nak cuba semua? Ambil sikit ja.. ade lah reason knp kene repeat balik.



Aku pilih, Ikan Merah Lemak Tempoyak dan Pucuk, Daging Salai lemak cili api, Sayur Kailan, Nasi putih x 2, Sirap Limau & barli Ais. RM 40.00



Kuah Lemak tempoyak ni sedap, aku sampai hirup2. Pucuk tu manis lah. Makan dengan nasi. aku nak amik Patin, tp org rumah tak makan. Takpelah bg can....




Yg ni pon sedap. Dagingnya lembut sgt.. bini kata ini plg sedap, sbb dia tak makan tempoyak. hahaha. rugi rugi....






Suasana, Hijauu semuanya. heheheh. Makanan dia boleh tahan sedaplah, mahal tu tolak belakang, barang mentah pon mahal, jadi kiralah kos dia masak, pekerja , tempat dll.. Air dia pon mahal rm4 (teh o limau), tapi abaikan.. haha janji makan sedap. selain masakan kampung ade menu western, tapi utk tmpt camtu aku prefer nasi, lepas ni nak cuba Asam pedas & Rendang ayam yg popular sgt tu. Katanya chef masterchef dtg kedai ni belaja. bukan aku kata, bini aku kata. hehe sapa nak makan sini? waze/navigate je lah ya.



Adios.





Wednesday, November 13, 2013

Pulau Perhentian - Pulau Kecil



Permulaan.

Aku pegi Pulau Perhentian dah lama, bulan april 2013. Kira 5 bln lepas lah, baru sekarang rasa nak tulis. Ramai orang tau Perhentian di terengganu, tapi tak semua tau, lagi dekat nak ke sana dr kelantan. Haaa mari sini aku nak cerita. Kebetulan masa aku pergi tu mmg tujuan pualng ke kampung aku, mana lagi kalau bukan Palekbang. Jadi cuti agak panjang sbb nak mengundi tak silap (aku lupa) aku amik peluang masuk Perhentian.Mula2 aku tanya member yg baru balik, dengan siapa dia booking bot/hotel semua.

Ok ini Agent yg terlibat.

SEALIFE TRAVEL & TOURS SDN BHD
Sealife Services
B1, Plaza Mara Pekan Kuala Besut.
Terengganu.
09: 690 2230 Hp : 0124496540 ( AJ) 0179503759 ( Syukri)
Email : sealifeservices @yahoo.com

Aku ambil pakej 3hr/2mlm siap dengan Bfast + bilik di Sharila Resort.Pulau Perhentian Kecil
Harga seorang adalah RM 250.00 ( bot, hotel, bfast). Pergi berdua jadi RM500 (tanpa snorkling) Clear ya semua.






Cara- cara ke sana :


1) Menaiki Flight - Kota Bharu, Kelantan.

Aku skrg menetap di shah alam, jadi kalau pulang ke Kelantan  aku naik flight, lagipon niat nak bercuti, aku taknak habiskan masa dijalan penat badan. So aku naik flight, sekarang banyak je sale AA ke Kota Bharu. return tiket rm60 sorang pon boleh dapat. Dari situ ade je teksi/ van yg bawa org ke jeti besut, ada Bayaran dikenakan. Tapi nak mudah , time korang booking pakej tu, minta lah mereka ambil terus dr airport KB, perjalanan Kurang dr 1 jam ke Jeti Besut.

2) naik Bas - Besut. dari besut aku tak sure camne nak ke Jeti Besut. Eh ke terus turun area Jeti Besut. (yg ni korang cari info sendiri) sbb aku tak tau naik bas.

3) kalau dah berada kat Kota Bharu? ambil bas cityliner ke Jeti Besut., RM6.50 je sehala. Mudah je. Dari situ ambil bot


Dari jeti :

1) kalau dh siap pakej memang mudah sbb korang tunggu bot je.
2) Kalau baru nak naik bot? RM60 untuk return seorang  ( jeti-pulau-jeti)
3) Ada satu tiket Marin kene bayar kat pondok polis sebelum masuk tu. RM5.00 sekepala. Tang ni aku pelik, ade yg kene bayo ade yg tak? haih.


Selalunya kalau dah naik bot tu, dalam 45 minit. Bot akan singgah Pulau Perhentian Besar utk hantar orang/ambil org. Kalau tanya aku apa beza pulau besar? pulau kecik? Pulau besar ramai penduduk, so pantainya agak teruk sikit. jadi prefer Pulau kecil, senang. More privacy. hahaha. Lagipon ade Long beach di Pulau Kecil. Bagi orang yg nak bersuka ria malam2 tu, pegilah situ, ade music psg sampai nak pecah telinga, khidmat shisha , makan dll. Aku pergi sekali malam tu. takde apa yg best pon. haha, kalau takat nak lepak22 ok laaa.

Resort/Homestay :

Pakej aku amik stay di Sharilla. jadi dapat bilik yg selesa. Aku suka resort ni sebab dlm hutan, hijau je. sejuk, bunyi burung. bilik dr Kayu. Toilet semua bersih, puas hati. 5 bintang aku bagi. kalau yg budget traveller tu, ade je Dom disediakan.. pandai2 la kawtim, Dr yg murah - mahal, ade je.



Makan :


Kalau siang tak happening sgt area pulau ni, sebab semua pon sibuk berendam, masuk laut diving dll. Jadi aku mmg bawa bekal siap2 dr rumah. Stok maggi, biskut roti , kalau2 lapar. Siang boleh makan di area sisir pantai, banyak je gerai2 makan. Cuma MAHAL. Roti Canai RM 4.00. heheh. Standardlaa kawasan Pulau kan? Nasi goreng RM9 camtu. nak kata sedap? biasa je. Tapi bila waktu malam. hehehe. Aku makan kat Resort aku je. Sedap ! Buffet yg tak berapa buffet. hahaha RM25.00 per pax. Seafood boleh pilih salah satu ( sotong/udang/ikan), yg Buffet cuma : Nasi goreng, Bihun gireng, tea, oren, salad, buah, puding, mushroom soup. (lain hari lain menu)






Aktiviti :

Snorkeling , Diving. Masa aku pergi ni, aku memang nak berehat je, hilangkan letih2 kerja kat opis tu. Jadi aku tak amik pakej snorkeling, Banyak je jual pakej kat situ boleh pilih. So aku free & easy, Rasa nak terjun pegi je ke bawah skit, area Sharilla tu ade private area. Berendam lah bape lama pon.









Okeylah itu saja yg aku nak kongsi. InsyaAllah tahun depan aku akan pergi lagi nak amik Diving course. hehehe. Pegi ramai2 dengan member.


























Wednesday, November 6, 2013

Nasi Lemak Pit stop @ N9




Semenjak aku cuba gerai tepi jalan ni. Boleh kata tiap kali aku kat s2 aku dtg makan. Mula2 jumpa gerai ni tak sengaja. Baru balik dr area mambau nak ke s2 heights. Nampak kereta parking banyak tepi jalan. Gerai ni belah kiri dia jalan kayu ara.  Jadi aku nekad lah nak cuba. 1st time datang Ns Lemak habis. Jadi yg ade cuma makanan berkuah : Mee Kari, Mee Jawa, Soto, Mee grg, Bihun grg dll.
Jadi aku cuba makan mee kari. perghhh sedap siot. 


Nasi lemak di letak depan kaunter. Jadi bila kali ke 2/3 dtg aku dh tau. Kalau nak makan ns lemak kene dtg awal sebelum jam10. So apelagik. sampai2 terus terjah ns lemak.. Ns lemak nye blh tahan. sambal kampung pedas2 manis. Kalau nK telur mata kene oder. hehehe


RM1.00 je sebungkus. dibalut daun pisang.selain tu ada makana lain. hampir semua aku dh cuba. boleh tahan semuanya. Sedap juga



Soto, Mee Kari, Mee jawa. Aku mmg jadikan ni spot baru aku utk sarapan. Cuma silapnya takde roti canai. klu ade mesti lg best. hehehe.


Nak jalan ke? adoii aku ni tak bape mahir. tp boleh la.. dr Mambau tu menghala ke seremban2 je jalan blkg. gerai ni tepi jalan. hehe. Kedai papan2.. tepi rumah org. dekat juga dkt Cendol/ Coconut shake Dara Jln kayu ara.





adios


Sunday, November 3, 2013

JJCM : Ayam Cabe Hijo @ Pecel Lele Lela




Macam tajuk di atas. Jadi tujuan makan kali ni untuk makan AYAM CABE HIJO ( aku boleh kata ni paling sedap lah setakat ni). Bertempat di Kedai Pecel Lele Lela seksyen 13, Shah Alam. ( lupa nak snap pic kedai dr depan) tapi kalau nak cari senang sangat. Kedai warna hijau kuning klu dr Laman Seri sec13 dh boleh nampak sebelah kanan ( deretan kedai lama).



Ini lah ayam cabe hijo. Pedas berapi. RM10.80 set. siap sup sayur asem + air mineral cup.


Set ayam bakar rm10.80 juga. Kalau compare Ayam bakar sini dan Wong Solo. aku suka wong solo lagi. hehe.



Bakso Komplit RM6.00




Marilah makan. Sedap sangat Ayam Cabe hijau tu. 






Sebahagian dr menu. ada pelbagai masakan lain. Tp yg utama Ayam Cabe Hijo tu memang sedap sangat. Oder set je. senang.. lain2 boleh tambah.. 


Ni lagi satu kedai makan yg boleh di recommend pd kawan2 kalau ke shah alam.. Selamat mencuba.