Nuffnang Ads

Friday, April 25, 2014

JJCM : Levain Boulangerie & Patisseries




Harini nak cerita pasal kedai ROTI di Jalan Tun Razak. kalau nak makan kat sini senang sangat. WAZE je. haha. Tapi nak lagi mudah kalau dari bulatan kmpg pandan yg besar tu? menghala ke Menara J corp? Ade satu loorng sebelum Bulding Technip? masuk lorong tu dan ke kanan. Terus sampai la jumpa kedai ni sebelah KIRI. ok? dapat semua... senang je kan?

Kalau nak lagi senang, dia berhadapan RHB Bank HQ. tapi seberang jalan sana.





Konsep kedai ni aku rasa dah macam ala2 di Paris. mungkin sebab banyak nya staff2 foreign di kawasan sekitar? lagi2 thecnip kan? Jadinay kedai  ni adalah sangat sesuai kalau nak makan santi2 lepak minum sambil bau roti. hehehe. Kebetulan aku pergi weekend. Jadi senang cari parking sikit. Oh lupa.. kedai ni mcm biasa. Bini yg tau sebab selalu makan sini. payah betul klu asik tgk org makan mana3? mesti teringin. sigh




Suasana dalam kedai. sebelah kiri banyak deretan pastri, roti, cake cantik2. Cara nak makan kat sini? Self-service. Masuk2 kene cari meja dulu. amikla sign - RESERVED letak atas meja. hafal no MEJA ! LEPAS TU boleh la amik roti pastri semua. ahaha beratur nak bayar, leh pulak oder pasta, burger etc. btau no table. senang kan?






Aglio Olio seafood, mushroom cream soup, Beef Teriyaki baguet. Sedap gila. Harga range dari rm12.90 to 14.90. Minuman  rm6.00-9.90



Sesapa nak pergi sini? boleh la tgk pd alamat  ni. Aku boleh bagi 8/10 utk suasana dan food. sedap lah. kene tekak.



Levain Boulangerie & Patisserie
NO 7.Jln Delima, Kuala Lumpur
03-2142 6611
Monday - Sunday 7.30am - 9pm













Sunday, April 20, 2014

Melaka untuk makan!




Satu negeri yg paling aku suka untuk buat aktiviti makanan selain Penang? adalah MELAKA! Selain dekat dgn rumah. haha. Aku jugak rasa melaka paling best kalau nak jalan ronda2 sevab kita tau tu kota bersejarah. 10x jalan amik gambar depan A Famosa pon tadek hal punya.

Ini kora entry ke-2 pasal makanan melaka. Kali ni aku nak cerita pasal Kedai Baba nyona yg jual beraneka Ice Kacang. 
Ade cendol, ais manggo, ais durian. perghh banyak lagi. Satu mangkuk RM4.50


Jonker 88. 

Kedai ni berada di laluan Jonier walk. Kalau time ade pasar malam ptg2 tu mungkin susah nak nampak la.. sebabnya terhadang dek pasar2 kat situ. Jadinya pergi time pasar blom bukak. hehe


Menu yg paling popular kat sini adalah Asam laksa dia. Lepas tu ada pelbagai ais2 menarik utk dicuba. Cara oder senang self-servis. Pergi kaunter oder. bayar amik makanan. cari meja! atau korang terbalik kan je. Cari meja dan oder =D



Asam Pedas Hajjah Mona.


Kami dh pernah cuba Asam pedas Claypot. selain dr harga yg agak mahal. Pd aku rasa dia kategori boleh laa. Maka kita cuba Asam Laksa yg agak popular juga. Dia berada di deretan rumah. sebelah dgn sebuah hotel. *aku lupa*




Aku suka lagi asam pedas hajah mona. Sedap! Simple dan tak cair sgt. sedang2 je. Satu piring ikan asam pedas berharga rm4-6. Nasi tu rm2.00 dah siap sayur.


Kalau dah alang2 di area Jonker walk? Sila lah beli HALAL Portugese Egg Tart ni! 



Harga sekotak utk small - 6biji adalah RM7. Sedap sangat2 makan panas2. Lembut gila telur dia dan pastri dia. huhu.. 





Next entry : Levain Cafe










Thursday, April 10, 2014

Nasi Kak Wok ttdi Shah Alam

Salam.



Kalau siapa yang pernah makan Nasi kak wok, bawah pokok ceri dkt dgn sekolah hajah zainab, KB mesti tau apa kesedapan Nasi ni. Simple je menu :

Nasi Putih Kukus
Ayam goreng kunyit dadu
Kuah + Ayam gulai ada kacang, terung
Sambal belacan


RM 3.50 sebungkus. Makan bawah pokok ceri panas2.. Sambil minum air teh o ais. Perghhh

Shah Alam pon dh ada. 


La ni nak makan kat shah alam takde masalah. Kedai Makan JJ kat bWah pokok ceri tu dah bukak cawangan di shah alam. TTDI deretan setingkat, sebelah kedai baru dan dekat dengan Masjid. 

Harga dia lain skit lah. Ikot harga shah alam. Hehehe RM 4.50 saja.


Hah masih kekalkan konsep spt di kelantan. Beratur utk beli. konsep warung.. Sume sama.. Cuma klu ikot suasana aku suka makan kat bwah pokok ceri lagi. Hehehe. Rindu pulak nak balik kmpg. 

Untuk sesiapa yg nak cuba Nasi kak Wok

Ini alamat nya : 

Jalan Opera J U2/J
TTDI SHAH ALAM

Instagram : kedai_nasi_jj_kak_wok



Selamat mencuba.

Sunday, April 6, 2014

MH370




Sudah masuk 1 bulan.

Teruskan BERDOA. Kuasa DOA ni besar sangat ! Jadi jangan pernah mengalah. semua spekulasi kat luar tu kadang2 tak tau nak percaya ke tidak ke? Kalau baca kang jadi pening, tak baca takde cerita. Sekarang makin banyak version pulak.


Doa2 semoga semuanya Selamat ! Amin.


















Rumah kami



Alhamdulillah. 

Dah lama gak stay sini. Br nak tulis. Hehe. aku coret la kat blog ni. bila2 boleh baca balik. Hehehe.
nak kata officially stay s2 ni pon boleh la.. Tak ingat bila tarikh sebenarnya. malas nk tunggu barang penuh sgt. Tp boleh la apa yg kami dh beli. Jadi aku decide pindah je tak silap Jan/2014 betul2 aku move-in.



Rumah msh kosong. Bilik semua fully furnished. Cuma bab menghias sgt tu takdelah. Sbb masing2 sibuk. Jadi apa yg adalah. rezeki Allah. Tunggu nak hias apartment pulak. Hehehe.


Aku rancang nk buat kenduri doa selamat sebelum Puasa/ Selepas Raya. Senang. jemputlaa sapa yg sudi dtg. 






Next - entry makan lagi

Friday, March 21, 2014

Hadiah dari Isteri




Alhamdulillah.

Last 2weeks wife aku ke Paris. Jangan tanya kenapa aku tak follow. Kerja yg tak siap2 tu pon aku tak tau bila nak setel. Next time boleh pergi. insyaAllah.


Mula2 wife offer pouch lv. taknak aku... sbb mmg aku tak suka.. bila 
wife contact aku dari La Valle outlet, tnya nak tak pouch ni? Haaa yg ni ok. simple skit...Mau nya aku nak tolak.. Pucuk dicita ulam mendatang.hehehe. Dia kata murah gila kat sana..Aku tak kisah sgt apa dia nak beli.. tak sangka banyak jgk brg dia beli utk aku...Murah2 je






Aku suka pouch ni. senang aku sumbat semua. Wife belikan jgk Sling Bag leather beberapa pasang kasut Clarks & Timberland kat uk..Sbb wife kata dah murah . aku tak tau la murah dia tu murah camne. rasa seronok plak dengar. takpelah rezki pergi sana lainkali. Aku kejar 1 TEMPAT ni dulu. baru pergi europe jalan2....Amin.


Again... mekasih ya wife..






Saturday, February 1, 2014

Fam Holiday.



Cite bali stop kejap. Aku baru ingat lupa nak update cite ni.


Cerita Basi. Sept 2013.


Awalnya tix ni di sponsor oleh abg ipar aku. So the whole fam memang dh siap sedia amik cuti awal2.. last minute, Abg ipar sendiri yg tak boleh pegi atas urusan kerja di Kedah. 


Aku & wife dh byk kali pegi. So takde hal nak jd tuan rumah. Sebab kali ni bawak mak/abah mertua aku. Ipar duai. Semua booking hotel/ Supir wife uruskan. ( PA aku yg terbaik skg ni) hehehe.





Time ni la baik2 ya. sbb kain melambak kain-kain kat blkg tu. kalau tak? hehehe.




So far percutian 5h/4mlm tu berjalan lancar. Cuma mertua aku takleh terima masakan indon. haha. Adoii payah jgk. Masakan padang je yg kene dgn tekak dorg sbb lbh kurg msakan kita je.

Overall, happening... best. Ni belah mertua. lepas tu patutnya ade plan holiday belah aku ke Langkawi. Tp cancel last minute ats masalah yg sama. Bil aku pulak ada kerja di jepun. Semua cancel... Takpe next time.


Kalau aku nk bawak fam aku ke luar skit dr msia ni payah skit. sbb kakak abg aku byk gov staff. Kak aku kata malas nak apply2 buat surat. hahaha. Jadi dlm2 Msia je lah kita pegi. InsyaAllah klu ade rezki.