RM 35 |
Lama tak bersiaran. Alang alang baru balik dari Langkawi ( setiap tahun pergi)
aku cite sikit pasal kedai wajib pergi. Selalu lunch aku memang suka Ikan Bakar. Jadi kalau di sini tak lepaskan peluang. Dari harga dia murah sampai tak berapa murah. Aku tetap datang..
Kedai ni macam kedai biasa je. takde yg special pon dari segi dekorasi ke apa. Tapi yg best pasal kedai ni Lauk pauk berderet. Ikan Bakar panas2. Kadang boleh je request ikan apa yg ada untuk dia bakar baru.
Siakap bakar Cili Panas |
Untuk kami, aku oder Siakap Bakar Cili. Seeskor sedang lah. dalam 500gram. Fuhh dia punya pergi. Sedap gila. Manis, Isi Lembut RM 35 sahaja.
Hari lain kira ambil ikan kecil lah. Tak banyak gambo sebab aku datang makan. Ni pon aku jumpa gambo dalam file bini aku transfer. Jadikla buat entry suam suam kuku.. huhu
Lokasi? Tau beras terbakar? atas sikit. Tapi kalau dari airport LGK tu dekat sangat dah. Ada rounboard kat airport tu. ambil jam 9 kalau dari arah cenang. Paling mudah waze saja.
dios ~