Nuffnang Ads

Sunday, September 28, 2014

JJCM : CENDOL KLANG



Semalam, aku pergi Klang Parade. Tak perbah aku jejak tempat ni. haha. Punca sebab aku ada baca sale Machine jual barang murah sikit sempena pembukaan. Maka zass zuss zap. Tapi pulang hampa. Sebab aku dtg semua LICIN. tinggal Ipod nano? nak wat mende menatang tu?

Mengubat kecewa, bini ajak singgah cendol klang. dia ni tau je mana kedai. Pelik betol aku. ade je kalau pegi mana2. Jom singgah sini. Singgah sinun. Ini pon tak berat la kot? cendol je kan? Maka aku setuju. Ingat cendol je. Jgn lelebih.



waze je. Kompem jumpa.

Menu lekat kat dinding besar punya. Cendol biasa rm2.30, rojak rm3.50

Konsep kedai santai. Kedai ni dah lama tengok board pon tulis CENDOL KLANG 1972. Lamaaaa tuuuu ! Aku pon tak hidup lagi masa ni. Bini aku kata mak ayah selalu bwk makan sini zmn kekanak. yolahhhh .

sini self servis

Ko masuk je nampak bro ni? ko oder la apa ko nak.. dia siapkan. amik. leh cari meja duduk. makan. senang gila konsep kedai. Rojak pon camtu. Jgn berangan org dtg kat k tnya nak oder apa? ko g je kat stall dia oder. Aneyy ROJAK satuuuu.


verdict : hmmm biasa je. sedap juga, tp aku suka ROJAK KAREEM SEC 9 lagi


Ini cendol biasa je. aku tak suka fancy2 ni.. ade je yg letak aiskrim la? yg pulut la, warna warni la. BIASA jugak yg aku makan. Overall ok la. cendol tak manis sangat. sedang2 elok2. SEDAP JE Sejuk kat tekak.





Nah alamat :


CENDOL KLANG 1972
78, Jalan Nenas
Kawasan 18.
Klang, Selangor




Thursday, September 18, 2014

JJCM : Burger Bakar Arang, Garden home Seremban 2



Aku tak pernah ada masalah tinggal kat S2 heights ni. bahkan aku bahagia. jauh dari traffic, tenang. kawasan hijau. pendek kata semua ok. cuma tang nak pegi keje jauh sikit.. apa boleh buat. dah decide dr awal nak stay sini. terima dgn hati terbuka. Bercakap soal MAKAN kat seremban 2 ni la. Aku bukan jenis memilih , tapi nak la jugak makan luar. mandangkan aku bukan orang sini. manalah nak tau kedai apa best. so google adelah perlu. aku rasa ade few entry makan aku ttg kedai kat seremban2 ni. hehe.

Siang tadi wife aku teringin nak makan burger bakar. nak burgerbyte si zizan tu. idokla aku nak drive pegi bangi. so aku google. ada 1 cawangan ada di senawang. Tapi malas jugak aku nak drive. inisiatif aku adalah google lagi kawasan berdekata rumah. Jumpa satu blog year 2013. memang zaman burger bakar popular kan last year. hehe. BURGER BAKAR ARANG S2.

Kali ni aku layanla tekak bini  & aku rs lps ni byk lagi yg dia akan teringin so layankan je. hehe



Geari tepi jalan je

Takla jauh dari rumah aku. Garden homes ni. berdepan dengan KEDAI KOMPUTER ACER. deretan kedai 1 tingkat. akhirnya aku jumpa gerai ni. tapi wife kata : nanti nak jgk burgerbyte. baby nak dia kata.. bukan dia.. adehhh.

RESEPI SPECIAL ; Home Made Patty, bakar atas arang

kaunter oder. menu ade kat situ. masa kami dtg takla ramai. bila dah duduk tu berpusu gaklah orang dtg. hasil review blog tu kata burger ni sedap. lagi sedar dr abg burn. Aku pernah la makan abg burn. pd aku so-so je. ehhe. mungkin sbb dia popular.. air free flow.

Menu Baru

ade jual meatball spagetti rm6 je. pastu meatball dll. aku mmg malas baca, snap2 je.

Menu burger : pic kurang jelas . Malam boh

Pilihan menu. ade burger biasa ( Ramli) rupanya. rm2.80 je. tapi wife nak burger bakar. so kita oder. dia ambil 200gr burger beef rm6.50. aku amik Super 400grm beef rm14.00



disediakan meja utk makan

lepas duduk dalam 10 min. Burger sampai. burger aku tu besar elok sgt makan 2 org. bini takyah beli pon takpe ceeiit. overall aku bagi 6/10 la. sedap kat tekak tp tak la juicy. Burger kaw-kaw still WIN kat tekak aku. nak pergi puchong tak daya aku. hahaha. Jadi Burger Bakar Arang ni pon okey sangat. Boleh repeat lagi. menu pon banyak. tp nak sumbat sume tadi mmg tak ah. yg aku pon hazab nk habiskan. burger dia ade sos yg sedap (cili + blackpaper) mayonis warna hijau keliling pinggan tu. lulz.. sayur salad semata. aku rasa klu dia letak tomato. bawang hollad sikit pon ok. adela rasa lain skit. ni plain je. hehehe. tapi sedap (aku ulang lg sekali) not that bad la.


menu kami. Beef burger



Agak2 taknk makan burger ade je menu lain. goreng2 charkueyteow tu. tak pasan plak aku menu apa ade lagi. nampak yg tu je.. So warga seremban 2 yg baru pindah ( org luar cam aku) leh la klu nak cuba...





adios



JJCM : Sakura Kristal , Setia City Mall



Nak share 1 kedai  di SCM ( Setia City mall). Selalu kalau aku datang SCM ni balik2 makan tempat sama, sebab kedai lain tak nampak menarik. Baru2 ni masa keluar dari Lift ternampak advert - SAKURA KRISTAL. masa tengok mula2 tak nak cuba pon. sebab NAMA dia macam Makanan Jepun. Tibe2 nampak LOGO HALAL tu. terus usha advert ni. Ade few pic makanan yg menu dia aku boleh kata kene lah dengan jiawa pemakan nasi macam aku ni. So aku usha address nmap kat tepi. tu. Dia lorong Starbuck. keluar dr tu hujung menghadap PARK. Hmmmm patutlaaa tak pernah tau kewujudan kedai ni. HAHAHA. Bila dah nampak tanda HALAL barulah berani nak cuba.


sebabkan adv ni la buat aku terpanggil nak makan kat kedai ni. hehe


Ini lah kedainya. Lupa pulak aku nak snap pic depan kedai. Masa masuk rasa cam best pulak lepak sini. Tenang je. Staff semua melayu. Aku sempat tanya kitchen sapa masak. Staff kata - Melayu. Haa ok lah kan? So aku pilih tempat  huung ssekali. Senang.. Menu sampai

Dekorasi kedai sangat clam, cosy dan kemas. Klu tengok mcm kedai2 mahal. Tapi harga FOOD sangat BERPATUTAN


NI je menu? terkejut aku. HAHA. So aku minta menyu yg proper tu. sebab ni set untuk Lunch Set kot? Belek2 buku menu. ok lah. menu dia taklah banyak sangat. macam menu kopitiam je. ade nasi goreng, western, mee goreng. Air, part dessert aku tak perasan pulak. Last2 aku berbalik pd menu simple ni. SET  tu datang dengan Air free. Biasakla promo2 Lunch Set kan?


Aku pilih : MUST TRY ( Seafood Nyonya ) & Peranakan Seafood. Both menu ni ditulis MUST TRY. Maknanya sedap la kot? mari kita cuba. Set datang dengan Nasi Putih , Pilihan Air, Lime Ice,Ice Lemon Tea.

Menu


Yang sampai dulu. Seafood Nyonya. Bau je dah sedap. Besar gila portion. Pd aku boleh makan 2org. cukup makan. Tunggu nasi sampai. Aku rasa terus. perghhhhh sedap seh! dalam ni ade : udang/ sotong/ikan frozen. (aku kenal sangat la frozen item ni kan) Tapu takpe. sebab rasa dia mcm fresh dan kuah tu sedap sangat! tak rugi pon makan. Bendi tu fresh la. Kita paham laa kedai camni dengan harga RM13.90 (set) ok sangat dah ni dgn portion cukup makan ni.

Seafood Nyonya

Lupa snap Peranakan Seafood. Yg ni pon sedap. sama jugak dlm ada ikan/ sotong/ udang. Kuah dia rasa mcm green curry thai sikit. Sedap jugak. Overall - BOLEH REPEAT ! and cuba menu lain pulak. aku bgai 8/10 hehe. sebab sedap !

Atas : Peranakan Seafood


Jemput Makan

Sesiapa yg nak pergi SCM jemputla makan kat kedai ni. sedap pada aku. portion ok sangat. Menu dia mungkin terhad. Tapi choice tu masih ada, Macam masakan nyona. peranakan bukan senang nak jumpa kan?


Alamat :

KAFE SAKURA KRISTAL
LG 39. Setia City Mall
( keluar dari Starbucks and ke kiri)



Total bil include tax untuk food kat atas ni cuma RM 36.89.