Nuffnang Ads

Sunday, April 27, 2014

JJCM : Makan di Johny Rockets




Last weekend nak pergi Ikea. Tujuan utama nak cari sikit barang. Dah alang2 ke Ikea tu mestilah jalan2 kat curve sekali. Bila dah jalan , perut pon lapar, Kami decide nak cuba makan Hamburger Johny Rockets di The Curve. Masa datang tu tengok dah ramai org. Reserved, dan kene beratur. Sebab malas nak tukar kedai lain , kami pon sanggup tunggu *waiting list* depan kami ade 7/8 orang lagi. Tunggu dalam 30 min akhirnya dapat meja. Fuhhhh.


Untuk menu boleh tengok SINI lah . Kami tak lah lapar mana. sebab dr rumah dah makan nasi lemak. hehe. so  bila datang sini pikir nak makan yg biasa je. sambil lepak2. Tengok menu. semua Burger, pasta, ade sandwich dan pilihan fries, salad.



Aku pilih :

Smoke House Single RM 24.90
The Original RM 19.90

Setiap set ada Fries + Salad. kalau nak tukar fries tu kpd Onion Ring boleh add : RM 2.50 Harga burger start dr RM19.90- RM 30.00

Pilihan air yg menarik pd aku cuma Milkshake. Even kalau baca review di Foursquare pon semua suggest minum Choc hershey Milkshake. 

Pendapat aku lah? Untuk Burger di Johnys Rockets  ni? So-so je. Pd aku sedap lagi makan burger Chili's. Dr segi harga pon nampak Johnys ni lagi mahal dari Chili's. Kalau nak cuba lagi aku nak try pilihan rockets melt atau philly steak. Mana tau sedap dan kene tekak ke kan? Patty JR ni juicy, tapi mungkin dia dah masak lebih awal so bila food tu sampai. agak sejuk pd kami. Roti boleh pilih. biasa/ wholemeal.




aku bagi 6/10. lahhh untuk burger The Original. Untuk burger aku? Not bad la cuma tah biasa sgt.


Sesapa nak try boleh ke The curve. 




adios.












Friday, April 25, 2014

JJCM : Levain Boulangerie & Patisseries




Harini nak cerita pasal kedai ROTI di Jalan Tun Razak. kalau nak makan kat sini senang sangat. WAZE je. haha. Tapi nak lagi mudah kalau dari bulatan kmpg pandan yg besar tu? menghala ke Menara J corp? Ade satu loorng sebelum Bulding Technip? masuk lorong tu dan ke kanan. Terus sampai la jumpa kedai ni sebelah KIRI. ok? dapat semua... senang je kan?

Kalau nak lagi senang, dia berhadapan RHB Bank HQ. tapi seberang jalan sana.





Konsep kedai ni aku rasa dah macam ala2 di Paris. mungkin sebab banyak nya staff2 foreign di kawasan sekitar? lagi2 thecnip kan? Jadinay kedai  ni adalah sangat sesuai kalau nak makan santi2 lepak minum sambil bau roti. hehehe. Kebetulan aku pergi weekend. Jadi senang cari parking sikit. Oh lupa.. kedai ni mcm biasa. Bini yg tau sebab selalu makan sini. payah betul klu asik tgk org makan mana3? mesti teringin. sigh




Suasana dalam kedai. sebelah kiri banyak deretan pastri, roti, cake cantik2. Cara nak makan kat sini? Self-service. Masuk2 kene cari meja dulu. amikla sign - RESERVED letak atas meja. hafal no MEJA ! LEPAS TU boleh la amik roti pastri semua. ahaha beratur nak bayar, leh pulak oder pasta, burger etc. btau no table. senang kan?






Aglio Olio seafood, mushroom cream soup, Beef Teriyaki baguet. Sedap gila. Harga range dari rm12.90 to 14.90. Minuman  rm6.00-9.90



Sesapa nak pergi sini? boleh la tgk pd alamat  ni. Aku boleh bagi 8/10 utk suasana dan food. sedap lah. kene tekak.



Levain Boulangerie & Patisserie
NO 7.Jln Delima, Kuala Lumpur
03-2142 6611
Monday - Sunday 7.30am - 9pm













Sunday, April 20, 2014

Melaka untuk makan!




Satu negeri yg paling aku suka untuk buat aktiviti makanan selain Penang? adalah MELAKA! Selain dekat dgn rumah. haha. Aku jugak rasa melaka paling best kalau nak jalan ronda2 sevab kita tau tu kota bersejarah. 10x jalan amik gambar depan A Famosa pon tadek hal punya.

Ini kora entry ke-2 pasal makanan melaka. Kali ni aku nak cerita pasal Kedai Baba nyona yg jual beraneka Ice Kacang. 
Ade cendol, ais manggo, ais durian. perghh banyak lagi. Satu mangkuk RM4.50


Jonker 88. 

Kedai ni berada di laluan Jonier walk. Kalau time ade pasar malam ptg2 tu mungkin susah nak nampak la.. sebabnya terhadang dek pasar2 kat situ. Jadinya pergi time pasar blom bukak. hehe


Menu yg paling popular kat sini adalah Asam laksa dia. Lepas tu ada pelbagai ais2 menarik utk dicuba. Cara oder senang self-servis. Pergi kaunter oder. bayar amik makanan. cari meja! atau korang terbalik kan je. Cari meja dan oder =D



Asam Pedas Hajjah Mona.


Kami dh pernah cuba Asam pedas Claypot. selain dr harga yg agak mahal. Pd aku rasa dia kategori boleh laa. Maka kita cuba Asam Laksa yg agak popular juga. Dia berada di deretan rumah. sebelah dgn sebuah hotel. *aku lupa*




Aku suka lagi asam pedas hajah mona. Sedap! Simple dan tak cair sgt. sedang2 je. Satu piring ikan asam pedas berharga rm4-6. Nasi tu rm2.00 dah siap sayur.


Kalau dah alang2 di area Jonker walk? Sila lah beli HALAL Portugese Egg Tart ni! 



Harga sekotak utk small - 6biji adalah RM7. Sedap sangat2 makan panas2. Lembut gila telur dia dan pastri dia. huhu.. 





Next entry : Levain Cafe










Thursday, April 10, 2014

Nasi Kak Wok ttdi Shah Alam

Salam.



Kalau siapa yang pernah makan Nasi kak wok, bawah pokok ceri dkt dgn sekolah hajah zainab, KB mesti tau apa kesedapan Nasi ni. Simple je menu :

Nasi Putih Kukus
Ayam goreng kunyit dadu
Kuah + Ayam gulai ada kacang, terung
Sambal belacan


RM 3.50 sebungkus. Makan bawah pokok ceri panas2.. Sambil minum air teh o ais. Perghhh

Shah Alam pon dh ada. 


La ni nak makan kat shah alam takde masalah. Kedai Makan JJ kat bWah pokok ceri tu dah bukak cawangan di shah alam. TTDI deretan setingkat, sebelah kedai baru dan dekat dengan Masjid. 

Harga dia lain skit lah. Ikot harga shah alam. Hehehe RM 4.50 saja.


Hah masih kekalkan konsep spt di kelantan. Beratur utk beli. konsep warung.. Sume sama.. Cuma klu ikot suasana aku suka makan kat bwah pokok ceri lagi. Hehehe. Rindu pulak nak balik kmpg. 

Untuk sesiapa yg nak cuba Nasi kak Wok

Ini alamat nya : 

Jalan Opera J U2/J
TTDI SHAH ALAM

Instagram : kedai_nasi_jj_kak_wok



Selamat mencuba.

Sunday, April 6, 2014

MH370




Sudah masuk 1 bulan.

Teruskan BERDOA. Kuasa DOA ni besar sangat ! Jadi jangan pernah mengalah. semua spekulasi kat luar tu kadang2 tak tau nak percaya ke tidak ke? Kalau baca kang jadi pening, tak baca takde cerita. Sekarang makin banyak version pulak.


Doa2 semoga semuanya Selamat ! Amin.


















Rumah kami



Alhamdulillah. 

Dah lama gak stay sini. Br nak tulis. Hehe. aku coret la kat blog ni. bila2 boleh baca balik. Hehehe.
nak kata officially stay s2 ni pon boleh la.. Tak ingat bila tarikh sebenarnya. malas nk tunggu barang penuh sgt. Tp boleh la apa yg kami dh beli. Jadi aku decide pindah je tak silap Jan/2014 betul2 aku move-in.



Rumah msh kosong. Bilik semua fully furnished. Cuma bab menghias sgt tu takdelah. Sbb masing2 sibuk. Jadi apa yg adalah. rezeki Allah. Tunggu nak hias apartment pulak. Hehehe.


Aku rancang nk buat kenduri doa selamat sebelum Puasa/ Selepas Raya. Senang. jemputlaa sapa yg sudi dtg. 






Next - entry makan lagi