Nuffnang Ads

Tuesday, December 10, 2013

Supir Bandung : DOM Rental Car



Salam.

Buat sesiapa yg nak ke Bandung, Indonesia. Boleh la follow Instagram : DOM Rental Car. Dekat situ ada update segala aktiviti/ kedai makan yg menarik di Bandung. So adelah idea nak korang kemana.


So siapa2 yg nak khidmat Supir. aku mmg suggest la DOM. hehe. bkn sbb dia sedara bini aku ke apa. Tapi mana nak dptkan khidmat Supir yg betul2 reliable. Takot kene tipu je. DOM muslim. Staff nya semua akan pakai uniform waktu bekerja. mereka bukan freelance. Semua fulltime staff. 





Jenis2 kenderaan yg dimiliki dom : Avanza, H1 Hyundai, Serena dll. Harga aku lupa. heheh. Boleh email dorg kat :

www.domrentalcar.com


bukak website. Ade kotak masukkan flight detail. Isi n send. Nanti adelah admin dorang reply. 





Adiosz.





Wednesday, December 4, 2013

JJCM : The Sumbs, Shah Alam



The Sumbs Cafe terletak di Sec13 bersebelahan Hotel Goodhope. To be exact area worldwide yg dekat tesco tu. 

1st pegi dan nak cuba sbb baca dr group shah alam. Semua pakat cuba Churros. Jadi ptg balik keje terus singgah The Sumbs.




  

Kafe ni baru lagi rasanya. Dekorasi simple je tp cukup selesa dan santai. Kalau nak tea time aku rasa ini terbaik! All coffee start from RM2.20 sahaja.



Aku ambil Cappucino RM2.50. Dihidang dalam paper cup yg mcm kat Mcd tu.




Menu. Pada pendapat aku Harga sangat murah! Bayangkan Fish & Chip cuma rm7.90 sahaja. Kat sini ade main course terdiri dr Pasta, Western and Nasi. Dessert dia pon murah. Panna Cota hanya RM4.00.





Sebab masih kenyang kami oder yg simple. Menariknya Cafe ni. Semua makanan dihidang dalam paper box. Tak kira lah makan apa pon! Food dia memang sedap. Carbonara tu pekat dan sangat2 sedap! Portion cukup n mengenyangkan dhn harga RM 9.90 sahaja. Mana nak dapat? SR pon kalah kemain mahal. hahaha



Inilah dia Churros RM4.90 ade 4 dlm tu dgn Choc. Churros ni mcm de tepung n butter kemudian digoreng and ade gula ats tu. Dip dgn Choc. Makan panas2! perghhh mmg terbaik.


So far cafe ni baru lagi. Aku hampa la sikit. sbb chic chop ada. Lamb chop tadak. Tapi dh tanya tauke, mereka kata akhir dec mungkin akan ade menu berasas kambing. heheheh


Boleh la dtg lagi.


Sekian. 

Adiosz


The Sumb cafe
7-04-01 Persiaran Alami
Pusat Perniagaan Worldwide
Seksyen 13, Shah Alam













Monday, December 2, 2013

JJCM : Restoran Nelayan Seremban


Masak Lemak Cili api.



Kalini lokasi makan adalah di Seremban. Kedai ni dah lama, aku kdg2 makan bila ade keje di seremban. Tapi sejak mencuba jadi warga N9. Aku belajar lah makan Lemak cili padi. 


Kedai yg aku nak share ni : Restoran Nelayan Seafood. bertempat di Rahang. Lokasi? gps/ waze je lah. mesti jumpa.





Kedai dia biasa je. Tapi pilihan Lauk Pauk esp Lemak Cili Padi sangat banyak! Rambang mata nak pilih. Pelbagai Ikan, Pelbagai jenis Daging/ Ayam Kampung. Ulam ulaman. Harga kat sini boleh tahan Mahal la. Sebab kita dtg nak lunch tp sekali makan mmg cecah la RM30.
Kalau makan gerai biasa lauk yg sama baru rm5/6 kan? Sini harga dia mmg mahal sikit . Tapi puas hati.



Aku ambil Daging Salai Lemak Cili Api Nasi 2 mcm kat atas ni. Termasuk air Teh o ais + air kosong RM23. Daging tu perghhh dia punya sedap pekat likat. Pedas semua cukup.


Aku tgk hrga tulis RM6.00 sepiring ni. Kalau letak dlm pinggan dgn nasi pon dia kira sama. Jadi baik suruh dia hidang. haha. 


Ini kedai ke 2 klu nak cari masak lomak cili padi slp Aunti's Aini tu. 


Adiosz.








Gold Coast Morib



Salam.

Ni sebenarnya cerita dah basi. Bulan 10. hehe. Tapi aku nak share lah sikit pengalaman stay di Goldcoast Morib. Kebetulan masa tu aku training d cyber. Asalnya ini percutian kwn2 wife. Tapi salah seorang dr kwn dia fly to UK further study. So ni hadiah dr kwn tadi. Dapatla voucer menginap di goldcoast for Free. Alhamdulillah Rezeki. Aku rasa voucer ji dr groupon. com atau byk lagi yg jual voucer ni.



Kami bertolak asing. sbb wife dr shah alam. Aku dr cyber. Perjalanan agak jauh ke dalam kawasan Morib tapi bila sampai aku rs boleh la tenang sikit. Nak bercuti kejap.Tapi silap.. punyalahhh ramai manusia. haha. Dengan kaunter registration pon full. Masa kami pegi belum cuti skolah n weekdays. Nak jadi cerita check in at 3pm. Kami sampai tepat waktu. Dpt kad access kami diberitahu, Boleh letak barang tapi tak boleh masuk sbb bilik tak kemas? Apedaaaa... Check in lewat pon tak sempat? 


Jadi nak buang masa kami jalan2 je kat bawah. Masa masuk bilik tu mmg kotor, cadar sepah sana sini. Geli pulak rasa nak melepak. Tak silap aku naik jam 5.30ptg baru bilik siap kemas. Lama tuuu..


Hotel ni menarik. Utk tempat aku bagi 7/10. Klu bw keluarga bercuti mmg seronok lagi2 klu ada anak kecil. 



Masa ni pagi lagi. So sunyi skit.



Ni kawasan pantai. Pada aku puas hati. Dengan harga voucer rm168 with Bfast + 2 waterpark tix. Bfast dia agak kelam kabut sikit sbb ramai sgt orang. Tapi interm of food aku puji lah. Variety tu ada wlu tak banyak. ckup utk lapik perut. Tapi yg tak best check out at 12pm n jgn lewat. Kalau lewat kene denda rm50. Tapi time bagi cust kunci bilik lewat bilik tak kemas awal? takpe pulak? Adoyaiii.





Bilik kami + Jakuzi. Rate utk bilik aku bagi 5/10. Bilik dia tak selengara dgn betul. Blind blkg tu patah2 n rosak. Cadar pon kemas ala kadar je. Mujo voucer free klu tak? Ngamokla. Utk aku takkan dtg lagi. Ckuplah sekali. Perasan mereka akan bina KTV & Cinema & Cafe kat tepi tu. Cadangan menarik. mudah skit.
 Morib bkn ade apa, bila malam terus mati. Malam tu nak cari dinner pon pusing2 kawasan. Sudahnya makan kat kedai tomyam jauh skit dr kwsn hotel. Mati kutu..



Ni pic anak2 kawan wife. bercuti bersama. heheh. Seronok pergi ramai2 je. Sesiapa nak beli voucer boleh la beli kat groupon/ my deal/ Living social. Banyak pulak aku tgk org jual. Bila ramai org beli. Tak terkawal la. Tu pon syarat tak boleh guna waktu cuti skolah. Haih.


Okey lah. So far ok je. 5/10 for servis/ food/ bilik.  Utk repeat lagi boleh je. Klu rasa anak lari dr kesibukkan kota. hehe. 
Kalau siap cafe cinema tu lagi best la kot?



Adiosz







JJCM : Restoran Q Thai



Kalau rasa nak makan tomyam sedap di Shah Alam, Aku recommend sangat : Q Thai, Laman Seri sec13.

Kedai ni byk cawangan, sbb aku pernah makan di cyber. Jadi bila buka kat sa lg mudah. Bila rasa nk mkn tomyam ala2 kat thailand. Sini lah tempatnya.



Buku menu. 




Pilihan Nasi Ala Carte. Banyak jenis. Sampai tak tau nak makan makan. Tapi aku ade nasi feberet aku. Ada jugak
Pilihan Mee Ala Carte. Selain dr menu ala carte, Restaurant ni ade sediakan buffet steambot dan masakan thai lain. Ala mcm kedai thailand biasa. 



Pulut Mangga RM 6.00
Boleh tahan. aku pernah mkn yg lagi sedap dr ni. hehehe this is okla. 


Ni mmg feberet aku bila dtg sini. 

RM8.90 Squid butter cream rice.



Beef blackpaper rice.


Mangkuk kecik tu Seafood tomyam! RM6.00 mmg terbaikk! Tak tipu.. Aku oder air Ice Thai Tea. RM1.00 mmg biasa ambil air ni. Bosan minum air2 lain.. hehe.


Kedai ni pada aku ok lah kalau nak leoak santai makan2. Sebab klu nak compare dgn thai-thai ke? Absolute thai ke? mmg la jauh sgt. servis dia pon biasa je. Tapi in term of food not bad at all dgn harga yg berpatutan. Boleh la cuba menu lain pulak.




Adiosz